Sarapan Pagi Sedap untuk Anak-anak.


Semalam aku cuba buat satu lagi resepi viral 'Cheezy Corndog'. Sedap sangat! Makan 2biji pun dah rasa kenyang tau.

Menu ni sesuai buat sarapan pagi untuk anak2, dan kalau anak2 nak bawak bekal pergi sekolah pun boleh!


Bahan-bahan :
4pcs Cheese
4pcs Sosej
1cup Susu full cream
1 1/2cup Tepung gandum
1biji Telur
1sk Baking powder
1sk brown sugar
Sedikit serbuk lada hitam



Cara-cara:
Bahagi sosej kepada dua bahagian (aku buat yang mini jek sesuai untuk anak2 kecil nak makan)

Cheese pun sama bahagi 2, ikut macam dalam pic ni.

Nak gulung cheese dengan sosej tu agak sukar! Jadi korang guling2 dulu sosej dalam tepung kemudian gulung/balut sosej dengan cheese.

Dah siap, freeze kan dulu dalam 20mnt.



Now aku nak tunjukkan cara2 buat bancuhan untuk menggoreng sosej nanti.

Campurkan tepung, baking powder, brown sugar, susu, telur dan lada hitam kedalam satu mangkuk. Kemudian kacau sebati.

Selepas 20mnt boleh keluarkan sosej dan mula menggoreng. Pastikan minyak cukup untuk menggoreng, dan betul2 panas.

Kat rumah aku takde lidi, jadi aku goreng macam goreng pisang jek.



Ini hasil yang berjaya aku buat. Untuk dapat hasil yang cantik minyak kena cukup. Dan masa goreng kena sentiasa alih2kan dengan cepat2.

Jangan goreng terlalu lama sebab cheese akan keluar dan meletop2.



Sesuai untuk Minum Petang Bersama Keluarga.


Hai korang!

Hari ni 1st time aku buat tauhu bergedil viral! Boleh tahan juga la rasa, tapi makan sebiji dua pun aku dah kenyang. Sebab terlalu padat dengan kentang dan isi ayam.

Sesuai juga untuk korang yang nak buat menu diet, insyaallah boleh kenyang tanpa nasi! Ahahaha.

Bahan-bahan :

Isi ayam (agak2 korang jela)
1pek (18biji) Tauhu kering
5biji Kentang
3biji Telur
1batang Lobak merah
 Daun bawang/Daun sup

Cara-cara :


Gunting tauhu kering pada 2bahagian, kemudian keluarkan isi tauhu dan asingkan.

Goreng kentang dan asingkan. Kemudian goreng ayam menggunakan nonstick pan, goreng tanpa minyak (aku titiskan minyak bijan sikit untuk bau yang harum) boleh letak air sikit, goreng sampai air kering.

Alihkan isi ayam yang dah dimasak ke dalam bekas lain gaul bersama isi tauhu, biar sejuk. Kemuadian campur kentang yang dah digoreng tadi bersama isi ayam dah tauhu, dan lenyak sampai kentang hancur.



Masuk lobak merah dan daun bawang yang telah dicincang halus ke dalam bahan tadi. Letak sedikit garam dan perasa tambahan.
Akhir sekali pecahkan 1biji telur.



Gaul sebati dan mula menyumbat isi bergedil ke dalam tauhu kering yang dah digunting tadi. Dah siap! Biar seketika di dalam peti sejuk. (aku biar semalaman, buat malam esok baru aku goreng)




Pecahkan 2biji telur dan letak sedikit tepung jagung kacau sebati, celup tauhu bergedil tadi dan goreng mengunakan api serdahana. (pastikan minyak betul2 panas baru goreng).



Dah siap hidangkan bersama sambal kicap power @ cili padi! Sesuai untuk minum petang pada hari cuti bersama keluarga❤.

Kali ke2 Masak Siakap 3 Rasa.


Assalammualaikum,

Hari ni aku nak up beberapa resepi yang baru sempat tulis. Korang yang ketandusan idea nak masak ape hari2 tu, rajin2 la jenguk blog ni ye! Ehehehehe. Insyaallah banyak lagi resepi2 yang akan aku share kat korang semua.

Hari ni aku masak siakap 3rasa buat kali ke 2 seumur hidup aku! Ahahaha. Tu pun sebab mak mentua yang request! (nebes kau tau takut rasa tak sama macam 1st aku masak dulu2) almaklum la aku ni tiap kali nak masak, tiap kali tula baru nak buat research pasal resepi2 bagai. Ahahaha.

Kalau lauk yang selalu masak pejam mata jek siap! Tapi kalau lauk yang jarang masak ni nak kena study lebih skit la, takut silap step tong sampah juga die pergi. Kihkihkikih.

Siakap 3Rasa.

Bahan-bahan :

Ikan siakap
Kunyit serbuk
Tepung jagung

Bawang besar (cincang)
Bawang putih (cincang)
Cili kering (yang dah di blend)
Serai (katuk)

Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Nenas (potong dadu)
lada benggala (potong dadu)

Cara-cara :

Lumurkan kunyit serbuk dan sedikit garam pada ikan siakap. (kunyit pun xperlu banyak just light2 jek) kemudian biar seketika. Panaskan minyak, kembali lumur ikan siakap tadi bersama tepung jagung pula (tepung jagung buat ikan jadi lebih ranggup)



Minyak dah panas boleh mula menggoreng! Untuk jimatkan minyak semasa menggoreng aku bahagikan ikan kepada 2bahagian.




Selesai goreng ikan letak tepi! Jom buat sos 3rasa pula. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai. Kemudian masukkan cili kering yang dah di blend, ikut tahap kepedasan korang. Tumis sampai pecah minyak.





Masukkan sos tiram 1 ke 2 sb, diikuti dengan tomato sos dan cili sos. Kemudian tambahankan sedikit air bagi berkuah sedikit. Kacau sebati, kalau xcukup manis boleh tambah sedikit gula. Dah mendidih akhir sekali masukan nenas dah lada benggala, biar kejap dan terus tutup api.




Kalau korang nak terus letak ikan dalam sos 3rasa tu pun boleh! Kalau cara aku nak makan baru aku simbah sos 3rasa atas ikan tu nanti.



Alhamdullillah berjaya! Ehehehe. Next aku nak buat 'Siakap Stim Limau' ala thai. Tungguu......

Mencegah Virus HFMD.


Selamat malam korang semua! Malam ni aku nak share pasal virus HFMD yang semakin mengganas sekarang. Setakat ni dah 2 orang kanak2 dilaporkan meninggal dunia sebab virus HFMD (ya allah lindungilah anak2 kami semua).

Bila tengok kawan2 share pasal anak2 dorang yang dah terkena virus HFMD semakin takut aku rasa, masih berfikir lagi cara macam lagi yang boleh aku protect anak2 dari kena virus HFMD ni.

Korang rasa patut ke anak2 semua berkurung dalam rumah sepanjang wabak virus ni melanda. Tak mungkin kan sebab ade anak2 yang perlu pergi ke sekolah, tuisyen dan sebagainya. Jadi macam mana cara korang protect anak2  korang dari terkena virus HFMD ni?

Bagi aku kalau nak protect virus ni, perkara paling utama yang kite perlu jaga kebersihan diri dan anak2. Mula2 sekali aku tukar mandian anak2 aku kepada mandian antibakteria. Dah takde lagi mandian carrie junior, johnson baby dan sewaktu dengannya. Mandian antibakteria ni satu family boleh guna.

Kemudian kebersihan di dalam rumah. Memang dah menjadi kewajipan setiap hari aku akan menyapu dan mop lantai rumah. Benda ni memang aku sangat titik beratkan sebab anak2 aku ni jenis yang suka berguling2 satu rumah tak kire merata ceruk die rasa nak landing die landing!

Lap dan bersihkan habuk2 pada kabinet tv, meja makan dan semua tempat2 yang selalu anak2  bermain. Kemudian barang2 permainan anak2, yang ni pun sangat penting! Lagi2 kalau ade anak kecil yang suka masukkan mainan dalam mulut. Kalau boleh cuci permainan anak2 dengan sabun antibakteria seperti dettol dan sebagainya.

Dan untuk protection diluar rumah
Korang boleh gunakan gel, losyen, spray dan macam2 lagi jenis produk antibakteria yang ade jual di semua farmasi dan pasaraya.

Buat masa sekarang lebih baik jangan bawak anak2 pergi ke tempat2 awam yang ramai orang, terutamanya pasaraya dan taman permainan.

Orang dewasa pun boleh jadi pembawa virus HFMD ni tau! Jadi kepada parents2 semua, selepas balik dari kerja tu better korang bersihkan diri @ mandi dulu sebelum luangkan masa bersama anak2 dirumah.


Semoga anak2 kite semua terhindar dari virus HFMD. Kepada parents2 yang sedang menghadapi anak2 yang dah terkena virus HFMD, harap terus tabah dan jaga anak2 sebaik yang mungkin, semoga anak2 cepat sembuh.





Biskut Samprit Sedap!!!



Hai semua, hari ni aku tak nak share resepi. Tapi nak share pasal biskut samprit yang menjadi kegilaan ramai (serius memang sedap). Tiap2 tahun musim raya memang wajib tempah biskut samprit 'Kak Mun' ni.

Banyak2 biskut samprit yang penah aku makan, ni lah biskut samprit yang paling aku suka sebab biskut ni nipis tak terlalu tebal macam sesetengah samprit kat luar tu, dan sangat lah melting dalam mulut bila makan. Kalau korang peminat samprit memang wajib cuba!

Biskut samprit 'Kak Mun' ni dah naik taraf.
Bukan setakat perisa kastard jek tapi lebih dari tu pun ade, meh sini aku review rupa biskut2 samprit 'Kak Mun' .



1. Kastard, perisa kastard ni memang original atau lebih dikenali sebagai 'king of samprit!' yang ni paling melting sekali ye.



2. Susu, ini pun antara yang terlaris, pada peminat milky cookies boleh cuba yang nih!



3. Coklat, yang ni memang favourite aku la, Rasa coklat yang pekat, boleh buat ketagih!Ahahaha.



4. Cappuccino, sape2 yang minat coffee boleh cuba perasa ni, gerenti tak menyesal!



5. Blueberry, yang ni pun tak kurang hebat ramai yang suka.



6. Strawberry, adik beradik dengan blueberry juga.



7. Cheese, ini paling terbaru! Tengah trending sekarang!



Biskut samprit ni memang sentiasa ade, sebab memang menjadi permintaan customer setiap masa. Kalau korang nak order boleh direct ke :

Fb : Muna Nadia Samsudin
H/p : 017 577 9918



Tempat Santai Malam Minggu Di Taiping.



Dah lama aku tergantung review pasal 'Bandar Taiping' malam ni aku nak sambung lagi tempat2 menarik di taiping. Kalau korang datang taiping, malam minggu salah satu tempat menarik yang korang boleh pergi adalah dataran taiping. Dekat sini malam2 sangat lah happenings!

Setiap malam minggu memang tempat ni di banjiri orang ramai. Sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan anak2. Kat sini juga ade bazar menjual pakaian dan macam2 lagi, food truck pun ade tau! Paling best anak2 kecik la, sebab kat sini ade menyediakan sewa permainan untuk kanak2.




Orang dewasa pun boleh main, korang
boleh sewa scooter electric dan rollerblades. Yang aku naik ni scooter electric Rm15 untuk 30minit
(suka betul dak tecik ni naik scooter)

Memang best layan anak2 main kat sini. Anak2 aku kalau datang sini memang tak ingat nak balik dah. Ahahahaha.



Si ammar sibuk pulak nak mancing ikan, Sebijik macam daddy! Mancing ikan ni Rm5 jek kalau ikan dah penuh dalam basket tu korang boleh claim hadiah tau! Berbaloi sangat2. Anak2 pun happy jek =)

Dan pada hari2 tertentu kadang2 dekat sini ade buat live band dan macam2 lagi persembahan dari pihak penganjur. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal 'cross street' ni
boleh pegi ke page fb 'Cross Street Bazar Taiping' segala aktiviti dekat sini dorang akan update.



Masak kari Paling Mudah Dan Sedap!


Dah lama aku tak makan kari ikan bawal! Sebelum ni kalau nak merasa makan pun time balik kampung. Sebab nak makan kari mak masak! Mak aku kalau masak kari, mamak nasi kadaq pun boleh menagis tau! Ahahahaa. (serius memang sedap) sebab tu abah sayang lebih!

Ok malam ni aku pun gagah juga la masak sebab dah teringin sangat kan! Jadi xjadi belakang kire la! Huhuhuhu. Tapi nasib baik menjadi tau! Tu pun lepas whatsapps mak tanya resepi!kahhh!


Aku suka guna rempah kari babas sebab kari die lebih kaw!!! Kalau korang nak pedas cuma tambah serbuk cili babas! Memang terbaik!

Bahan-bahan :
1biji Bawang besar
3ulas Bawang putih 
1sb Halba campur
2pek kecil Serbuk kari babas
1@2 tangkai Daun kari


Ni bahan2 untuk menumis yee...

Bahan lain :
Air asam jawa
1biji Santan kelapa
1@2 ekor ikan bawal
Tomato
Bendi
Terung 

Cara-cara :
Hiris bawang besar dan bawang putih, tumis bersama daun kari dan halba campur. Agak bawang dah hampir garing masukkan serbuk kari babas tumis sampai pecah minyak (sebelum tumis bancuh serbuk kari bersama air suam)

Agak dah pecah minyak masukkan sedikit air asam jawa, kemudian di ikuti dengan santan. Masukkan ikan dan tutup tudung periuk biar mendidih seketika.

Selepas mendidih masukkan garam, gula dan bahan perasa lain. Akhir sekali masukkan tomato, bendi dan juga terung agak dah layu skit boleh tutup api. Siap!!!


Kari ni aku masak semalam awal, sebab lagi lama lagi sedap kari tu nanti! Ok tak sabar nak bangun esok pagi makan nasi! Ehehehe.

Untuk Budak Tak Suka Makan Nasi!


Hari ni nak share resepi cucur@jemput2 paling jimat dan mudah! Anak2 pun suka, memandangkan si aqil susah nak makan nasi tapi kalau bagi kentang memang hantu! Macam daddy die juga hantu kentang. Ahahaha.



Bahan-bahan :
Tepung gandum
Ikan bilis/udang
Kentang

Kalau ade daun sup@kucai pun sedap!

Cara-cara : 
Kentang tu ikut suka korang la nak potong@cincang macam mana pun
Ikan bilis tu aku racik2 jek (kalau nak ganti dengan isi udang pun lagi sedap)

Campur semua bahan, tabur garam skit
Bancuh dengan air suam (untuk cucur lebih lembut). Pastu korang start la mencucur!



Dah siap! Aku suka goreng garing2 skit bagi ranggup, korang boleh makan dengan sos atau nak lebih kit! Cicah sambal kicap power!!! Sedap gilerr. 






Dapat Permission 'Me Time' Bahagia Rasa!


Hari ni aku nak share pasal story last week aku dapat permission dari suami untuk 'me time' dengan kawan lama (jarang betul dapat keluar tanpa bawak anak2)
Of course la happy giler kan! Ahahaha.

Lagi2 surirumah sepenuh masa macam aku ni memang terasa nikmat sangat bila dapat keluar lepak macam ni. Tengok wayang,  window shopping semua tu dapat hilangkan segala stress dekat rumah.



Kebetulan ade cerita best tengah tayang kat cinema 'skyscraper' aku pun memang suka sangat filem2 aksi macam ni! Memang best sangat dapat layan movie tanpa gangguan anak2 kecik. Makan popcorn pun tak rasa tercekik! Ahahaha.




Harap2 lepas ni dapat la 'me time' macam ni lagi. Kalau tiap2 bulan suami bagi permission macam ni, bahagia rasa balik rumah pun muka 'ade senyum' tau! Ahahaha. Bila dah keluar tu rasa tak sabar pulak nak balik rumah nak jumpa anak2 (rasa macam 1tahun tak jumpa) ahahahaha.

Aku harap suami2 kat luar sana tu pun dapat bagi 'me time' macam ni dekat isteri masing2, mesti bahagia jek semua isteri2. Kadang2 isteri ni tak mintak pun tiap2 bulan suami tu kena belanja shopping ke apa, cukup la sekadar bagi sedikit ruang dan duit belanja untuk isteri berhibur kat luar dengan kawan2 (sebagai isteri pun kite mesti tahu batas2 untuk kite berhibur).

Pada aku 'me time' ni sangat peting untuk surirumah sepenuh masa, sebab seharian kite sibuk dengan anak2 kerja rumah 24jam yang tak pernah nak habis, kadang2 boleh menyebabkan gangguan emosi disebabkan keletihan yang melampau! Dan untuk para surirumah semua kalau dah tiba masa suami balik dari keje, ambil or curi la sedikit masa untuk kite berehat 'me time' sendiri dekat rumah.






Masalah Kelemumur Dapat Diatasi!

Hai korang! sape yang ade masalah kelemumur yang melampau mehh sini aku nak share pasal satu produk yang sangat berkesan bagi aku, sebab aku dah cuba! 'Hair Tonic' by Schwarzkopf. 'Hair tonic' ni korang boleh beli dekat watson atau guardian, maybe pasaraya lain pun ade juga. harga untuk satu botol Rm43 untuk 300ml ni aku beli dekat watson! kalau tempat lain aku tak sure berapa. (lazada pun ade lagi murah, aku baru perasan!)

Aku dah pakai selama 2minggu, ternyata kulit kepala dah tak rasa gatal lagi, kulit kepala pun tak berminyak! rasa sangat selesa lagi2 bila pakai tudung. sebelum ni memang masalah kelemumur aku sangat teruk! rambut pun berbau, lagi2 time pakai tudung rasa sangat tak selesa sebab tergaru2 kepala! uhhh stress giler!! (sape yang ade masalah kelemumur tau la macam mana rasa).

Tapi bila pakai 'hair tonic' garu2 kepala semua tu dah tak ade wey!! paling best anak2 rambut dah mula tumbuh balik, sebab kalau korang ade masalah kelemumur! memang tak lari dari masalah rambut gugur. (btw rambut aku panjang paras pinggang) jadi memang nak kena care lebih sikit! 'hair tonic' ni sangat bagus sebab die merawat dari akar rambut sampai hujung, jadi rambut pun sihat.




Ok sebelum korang nak guna 'hair tonic' ni aku sarankan korang beli dulu botol spray, macam travel pack tu dekat watson dan guardian ade jual.




macam ni la rupa die! ehehehe.


Cara-cara :

Pakai semasa rambut kering! selak setiap sisir rambut then korang spray terus ke kulit kepala,
masa pakai ni lebih baik korang tutup hidung! sebab bau 'hair tonic ni menusuk hidung! Dan jangan bagi kena mata. Aku pakai 2X sehari.


AMARAN!!!
Jauhi dari anak2 kecil! kalau boleh simpan tempat yang tinggi supaya anak2 susah nak capai.



Peminat tempoyak boleh cuba menu nih!

Musim durian tengah banyak sekarang ni, selain makan mentah korang buat ape lagi? Hari ni aku nak share satu resepi berasaskan durian juga! Tapi bila dah diperap die akan bertukar nama tempoyak. ahahaha

Kalau masak menu ni confirm 2 pinggan nasi jalan! Ahahaha. Kalau korang tengah diet tu memang wajib jauhi hot menu ni tau!

Sambal tempoyak ikan bilis petai! dengar nama menu pun dah menyelerakan! Lagi2 ade petai.


Bahan-bahan :

1 inci Kunyit hidup 
10 Cili padi (ikut pedas masing)
1biji Bawang besar 
3 ulas Bawang putih

Kisar semua bahan2 diatas.





Petai
Ikan bilis
Tempoyak


Cara-cara :

Goreng ikan bilis terlebih dahulu dan asingkan.

Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar tadi sampai pecah minyak. Masukkan 3sudu besar tempoyak (kalau suka kuah pekat masukkan lebih).

Masukkan air, asam keping. Tunggu sampai didih masukkan bahan perasa (garam & gula). Akhir sekali masukkan ikan bilis dan petai.




sedia dihidang! untuk ngam kan sambal tempoyak ni aku goreng ikan dan sayur sawi.
memang bertambah2 la makan nasi =)






Special Birthday Cake for Aqil!

Kalau  birthday anak2  selalu korang suka beli kek atau buat sendiri? kalau aku tengok mood kalau rajin memang aku akan buat sendiri la. 14hb hari sabtu lepas birthday aqil yang ke 2tahun, tapi hari selasa baru mummy sempat buat kek =) (sorry bebe lambat skit! hehehe).

Disebabkan barang2 buat biskut raya bulan lepas pun tak habis lagi, mummy gagahkan diri buat congo bar untuk celebrate birthday aqil. bahan2 buat congo bar ni simple jek! lebih kurang mcm buat cookies juga.


Bahan-bahan :
250gm Butter
                                                                 1 cup Brown Sugar 
2 cup Tepung Gandum
1sk Baking Powder
1sk Esen Vanilla
3 Biji Telur


Cara-cara :

Satukan butter dan brown sugar menggunakan mixer, sampai sebati dan masukan telur satu persatu
diikuti dengan esen vanilla.

dalam bekas lain ayakkan tepung bersama baking powder. kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam mixer bersama adunan tadi.

akhir sekali masukan coklat chips ( aku guna mini m&m)



masukkan doh dah siap di dalam loyang dan taburkan sedikit coklat kat atas.


Panaskan dulu oven selama 10 minit.

Bakar doh pada suhu 170c 40 minit.




Ok siap!!! si comel happy nak tiup lilin =)


Menu Sihat!

Assalamualaikum,

Lama betul tak update blog! ok hari ni nak update beberapa resepi yang lama tertangguh disebabkan sibuk yang melampau! ahahaha.

Hari2 makan nasi pun jemu juga! hari ni tak nak makan nasi kite makan 'mee suah' mee ni dah lama beli masa balik kampung last month! tapi lupa nak masak. ehehehehe. hari ni terjadi lah mee suah tumis saus tiram! (sedap sangat anak2 pun suka!)

Bahan-bahan :

Mee suah
Isi ayam
Brokoli
Bawang besar
Bawang putih
Sos tiram
Minyak bijan (optional)

kalau korang ada nak tambah bahan2 lain pun boleh lagi asal kena dengan selera korang.




Cara-cara :

Panaskan sedikit minyak masak kemudian titikkan 3 kali minyak bijan, ok pasal minyak bijan ni kalau tak ade pun tak ape, aku pun baru amalkan masa letak minyak bijan ni, sebab makanan akan jadi lebih harum dan sedap! selain tu sangat baik untuk kesihatan. (orang cina selalu amalkan dalam masakkan dorang).

Minyak dah panas tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dihiris halus sampai naik bau masukkan isi ayam, dan masukkan air biar mendidih.

Dah mendidih masukkan sos tiram dalam 3sudu atau lebih sikit pun sedap! masukkan brokoli dan akhir sekali masuk mee suah! (aku masak 3 simpul mee jek untuk menu ni).



ini hasil yang aku masak tadi! nak lagi sedap makan dengan jeruk cili padi.fuhh!!
sedap sangat. selamat mencuba =)








Corn Flakes Madu

 Bahan-bahan :

500g Kelloggs corn flakes
250g Buttercup
2 cawan Brown sugar (ikut tahap kemanisan yang korang suka)
Madu ikut suka (kalau cornflake bderai tambah lagi sikit madu)


Masak butter & gula perang atas dapur dengan api perlahan.

Tutup api masuk cornflakes dan gaul sebati
Dan masukan madu.

Bakar suhu 100c 10minit







Biskut Raya Ala..Famous Amos Cookies!

Bahan-bahan :


1cawan Butter               )   >  mixer sampai gebu
1cawan Gula Perang     )


2 biji Telur
1sk Vanilla
1 1/2cawan Tepung Gandum
1/2cawan Tepung Jagung
1/2sk Garam
1sk Baking Powder
1sk Soda Bicarbonate
2sb Susu Full Cream

Dah siap baru masuk chochips (semi-sweet hershey's)

Suhu 150c (20-25minit)
Api atas bawah 

Rehatkan doh dalam peti sejuk dalam 3 ke 4 jam kemudian boleh mula bakar.









Bila Tibanya Ramadhan.

Alhamdulillah,

Diam tak diam, lagi 3 minggu insyaallah kite akan bertemu bulan Ramadhan. Banyak2 bulan, bulan ramadhan paling bermakna bagi kite semua kan! Bulan untuk mengerjakan ibadah puasa dan amal ibadat.

Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna buat kite semua! Haa...korang semua dah start shopping baju raya ke? Aku pun dah start beli sikit2. Yang penting persiapan anak2 diutamakan dahulu. Kalau sebelum kawen dulu tiap2 tahun memang aku akan shopping untuk aku dan adik2. Tapi bila dah kawen, anak2 pulak diutamakan. Mummy dapat baju kurung sehelai pun dah cukup!

Tahun ni aku plan nak buat biskut chocolate chips lagi! Tahun lepas mood nak buat biskut takde sebab nak kena handle anak2 kecik, tapi tahun ni aqil pun dah besar sikit. Harap2 dapat la mummy membakar biskut lagi. Untuk yang nak tahu resepi biskut chocolate chips tu nanti aku update ye! Stay tune.




Pengalaman Anak Kena HFMD (Virus Coxsackie a16)

Assalammualaikum,

Disebabkan ramai yang bertanya macam mana  pengalaman semasa ammar kena penyakit HFMD. Jadi terdetik pulak hati aku nak share pengalaman aku dekat sini.

Seperti yang korang tahu HFMD adalah penyakit kaki tangan dan mulut, yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie. Virus coxsackie sangat mudah berjangkit melalui sentuhan cecair lepuh, air liur dan najis pesakit.



Pic ni aku ambil seminggu sebelum ammar sakit.

Pada may 2016 adalah satu pengalaman dan dugaan besar bagi aku. Masa tu aku tengah sarat mengandung 7 bulan anak ke 2, dan ammar pulak berumur 15bulan. Sebelum ammar disahkan kena penyakit HFMD, ammar dah demam banyak hari dan aku pun tak la syak ape2 yang serius masa tu (cuma monitor dan bagi ubat demam dekat rumah).

Sampai la 2, 3hari die dah mula tak nak susu dan makan, Dan badan ammar pun dah mula keluar bintik2 merah bermula dari kaki sampai la ke muka. Aku pun dah mula tak sedap hati, dan terus decided dengan suami untuk bawak pergi klinik.

Bile sampai klinik doc check tengok dalam mulut ammar banyak sangat ulser sebab tu die tak boleh minum dan makan. Ya allah time tu sedih sangat tengok ammar (doc pun tak sahkan lagi penyakit ape,cuma pesan perlu banyak minum air dan doc bagi antibiotik). Tapi dalam masa 3 hari kalau tak ok lagi doc akan buat surat untuk refer ke hospital terus.

Balik jek rumah, macam biasa cuba lagi bagi die susu dan makan. Tetap same tolak, sampai la ke petang ammar cuma terbaring jek memang nampak lemah sangat. Badan pun dah mula pucat lesu! (time ni memang aku dah takut sangat).

Terus ajak suami pergi hospital. Kami pergi hospital serdang. Sampai hospital daftar, tak lama tu tiba giliran ammar. Then aku pun cerita la dekat doc dari hari pertama ammar demam sampai lah ke hari tu.

Doc pun dah mula pelik tengok bintik2 kat badan ammar dengan dalam mulut pulak penuh ulser. Dorang pun masih tak dapat kesan lagi ni HFMD (sebab ni kes pertama di hospital serdang). Jadi doc pun sarankan ammar untuk masuk wad. Aku pun rasa lega skit time ni atleast dorang concern tengok keadaan ammar. Sementara nak tunggu proses kemasukan ke wad nurse masukkan air dalam badan ammar melalui drips (alhamdulillah).


Bintik2 merah dekat kaki still ada
 (for info bintik2 ni ambil masa dalam seminggu juga untuk hilang dari badan anak)

Masa masuk wad tu pun dah lewat malam, jadi untuk rawatan selanjutnya kena tunggu doc pakar for the next day. Ammar pun masih on drips. Esokkan hari tiba waktu doc pakar buat pemeriksaan. Dan bila sampai turn ammar doc pun check dan tengok dalam mulut semua. Yes! Memang confirm! HFMD. Doc tu pun terangkan dekat aku satu persatu tentang penyakit tu (aku pun masih blur2 lagi time nih).

Dan doc pun mengambil langkah keselamatan untuk mengelakkan pesakit2 lain pun kena, ammar akan di kuarantin dalam bilik khas.

Hampir 2hari dalam wad keadaan ammar pun dah kembali stabil dan nampak ok skit bila dah masuk air. Setiap kali ammar makan minum aku akan take note, buat report dekat nurse, sebab nak tahu perkembangan semasa, selepas masuk air.
Dan ammar pun still on paracetamol sebab masih demam. 



Time ni ammar tengah tunggu daddy jemput balik.

Hari ke 3 di wad, kebetulan hari ni ade pulak lagi sorang budak lebih kurang sebaya ammar juga, suspek HFMD. Budak tu pun kena quarantine satu bilik dengan ammar. Kesian tengok die pun menangis jek macam hari ammar mula2 kena tu.

Tapi ammar masa ni dah sihat sikit. Dah boleh makan minum (ya allah..happy giler bile tengok anak dah sihat balik) ammar pun da mula nak turun katil jalan2 dalam bilik.

Bila ammar dah mula nampak sihat demam pun dah kebah. Nurse pun bagi tahu ammar mungkin boleh discharge hari ni (alhamdulillah lega rasa).

Tapi bila dah balik rumah pun ammar still kena Kuarantin dalam masa seminggu.  Untuk pastikan die betul2 sihat dan bebas dari HFMD.

Untuk korang yang ada anak kena HFMD ni kalau nampak badan anak tu dah lemah better bawak pergi hospital terus. Dan bila anak dah disahkan oleh doc kena HFMD, ikut nasihat yang diberikan. Jangan bawa anak keluar (kuarantin) sebab akan menyebabkan jangkitan pada kanak2 lain juga.

Kerap lah basuh tangan, kalau ade ahli keluarga lain dalam rumah pun kena sentiasa ambil langkah berjaga2 supaya tak berjangkit.


Sedikit info untuk korang semua.

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...