Bila Tibanya Ramadhan.

Alhamdulillah,

Diam tak diam, lagi 3 minggu insyaallah kite akan bertemu bulan Ramadhan. Banyak2 bulan, bulan ramadhan paling bermakna bagi kite semua kan! Bulan untuk mengerjakan ibadah puasa dan amal ibadat.

Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna buat kite semua! Haa...korang semua dah start shopping baju raya ke? Aku pun dah start beli sikit2. Yang penting persiapan anak2 diutamakan dahulu. Kalau sebelum kawen dulu tiap2 tahun memang aku akan shopping untuk aku dan adik2. Tapi bila dah kawen, anak2 pulak diutamakan. Mummy dapat baju kurung sehelai pun dah cukup!

Tahun ni aku plan nak buat biskut chocolate chips lagi! Tahun lepas mood nak buat biskut takde sebab nak kena handle anak2 kecik, tapi tahun ni aqil pun dah besar sikit. Harap2 dapat la mummy membakar biskut lagi. Untuk yang nak tahu resepi biskut chocolate chips tu nanti aku update ye! Stay tune.




Pengalaman Anak Kena HFMD (Virus Coxsackie a16)

Assalammualaikum,

Disebabkan ramai yang bertanya macam mana  pengalaman semasa ammar kena penyakit HFMD. Jadi terdetik pulak hati aku nak share pengalaman aku dekat sini.

Seperti yang korang tahu HFMD adalah penyakit kaki tangan dan mulut, yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie. Virus coxsackie sangat mudah berjangkit melalui sentuhan cecair lepuh, air liur dan najis pesakit.



Pic ni aku ambil seminggu sebelum ammar sakit.

Pada may 2016 adalah satu pengalaman dan dugaan besar bagi aku. Masa tu aku tengah sarat mengandung 7 bulan anak ke 2, dan ammar pulak berumur 15bulan. Sebelum ammar disahkan kena penyakit HFMD, ammar dah demam banyak hari dan aku pun tak la syak ape2 yang serius masa tu (cuma monitor dan bagi ubat demam dekat rumah).

Sampai la 2, 3hari die dah mula tak nak susu dan makan, Dan badan ammar pun dah mula keluar bintik2 merah bermula dari kaki sampai la ke muka. Aku pun dah mula tak sedap hati, dan terus decided dengan suami untuk bawak pergi klinik.

Bile sampai klinik doc check tengok dalam mulut ammar banyak sangat ulser sebab tu die tak boleh minum dan makan. Ya allah time tu sedih sangat tengok ammar (doc pun tak sahkan lagi penyakit ape,cuma pesan perlu banyak minum air dan doc bagi antibiotik). Tapi dalam masa 3 hari kalau tak ok lagi doc akan buat surat untuk refer ke hospital terus.

Balik jek rumah, macam biasa cuba lagi bagi die susu dan makan. Tetap same tolak, sampai la ke petang ammar cuma terbaring jek memang nampak lemah sangat. Badan pun dah mula pucat lesu! (time ni memang aku dah takut sangat).

Terus ajak suami pergi hospital. Kami pergi hospital serdang. Sampai hospital daftar, tak lama tu tiba giliran ammar. Then aku pun cerita la dekat doc dari hari pertama ammar demam sampai lah ke hari tu.

Doc pun dah mula pelik tengok bintik2 kat badan ammar dengan dalam mulut pulak penuh ulser. Dorang pun masih tak dapat kesan lagi ni HFMD (sebab ni kes pertama di hospital serdang). Jadi doc pun sarankan ammar untuk masuk wad. Aku pun rasa lega skit time ni atleast dorang concern tengok keadaan ammar. Sementara nak tunggu proses kemasukan ke wad nurse masukkan air dalam badan ammar melalui drips (alhamdulillah).


Bintik2 merah dekat kaki still ada
 (for info bintik2 ni ambil masa dalam seminggu juga untuk hilang dari badan anak)

Masa masuk wad tu pun dah lewat malam, jadi untuk rawatan selanjutnya kena tunggu doc pakar for the next day. Ammar pun masih on drips. Esokkan hari tiba waktu doc pakar buat pemeriksaan. Dan bila sampai turn ammar doc pun check dan tengok dalam mulut semua. Yes! Memang confirm! HFMD. Doc tu pun terangkan dekat aku satu persatu tentang penyakit tu (aku pun masih blur2 lagi time nih).

Dan doc pun mengambil langkah keselamatan untuk mengelakkan pesakit2 lain pun kena, ammar akan di kuarantin dalam bilik khas.

Hampir 2hari dalam wad keadaan ammar pun dah kembali stabil dan nampak ok skit bila dah masuk air. Setiap kali ammar makan minum aku akan take note, buat report dekat nurse, sebab nak tahu perkembangan semasa, selepas masuk air.
Dan ammar pun still on paracetamol sebab masih demam. 



Time ni ammar tengah tunggu daddy jemput balik.

Hari ke 3 di wad, kebetulan hari ni ade pulak lagi sorang budak lebih kurang sebaya ammar juga, suspek HFMD. Budak tu pun kena quarantine satu bilik dengan ammar. Kesian tengok die pun menangis jek macam hari ammar mula2 kena tu.

Tapi ammar masa ni dah sihat sikit. Dah boleh makan minum (ya allah..happy giler bile tengok anak dah sihat balik) ammar pun da mula nak turun katil jalan2 dalam bilik.

Bila ammar dah mula nampak sihat demam pun dah kebah. Nurse pun bagi tahu ammar mungkin boleh discharge hari ni (alhamdulillah lega rasa).

Tapi bila dah balik rumah pun ammar still kena Kuarantin dalam masa seminggu.  Untuk pastikan die betul2 sihat dan bebas dari HFMD.

Untuk korang yang ada anak kena HFMD ni kalau nampak badan anak tu dah lemah better bawak pergi hospital terus. Dan bila anak dah disahkan oleh doc kena HFMD, ikut nasihat yang diberikan. Jangan bawa anak keluar (kuarantin) sebab akan menyebabkan jangkitan pada kanak2 lain juga.

Kerap lah basuh tangan, kalau ade ahli keluarga lain dalam rumah pun kena sentiasa ambil langkah berjaga2 supaya tak berjangkit.


Sedikit info untuk korang semua.

Short Trip Cameron Highland.

Awal tahun hari tu aku dengan family ade buat short trip ke cameron higland. Sebenarnya plan nak pergi cameron ni pun last minit, kebetulan adik aku cuti. Jadi kami pun plan la nak pergi berjalan.

Selalu kalau pergi cameron ni memang kami pergi balik hari jek tak tido. Pergi pulak time weekday, time macam ni memang selesa nak berjalan kat atas tu sebab orang tak ramai, jalan tak jem dan nak parking pun senang! (tips untuk korang yang tak suka sesak)

Tempat yang paling kami suka pergi ladang teh! Sebab family aku jenis yang suka lepak santai2 gituw.

Tempat pertama kami kunjungi:

Teh Plantation, Sungai Palas.

family picture
Banyak2 ladang teh dekat cameron, tempat ni paling cantik dan win bagi aku.
Tapi untuk korang yang nak sampai ke tempat nih, Sangat la mencabar! Sebab jalan untuk ke sini sangat la sempit, kalau berselisih kereta tu memang pandai2 korang la nak handle! Ahahaha.


mengah juga la berjalan nak naik atas tu

Dulu last aku datang sini, jambatan kayu ni takde lagi. Tapi sekarang dah ade, jadi senang sikit nak bawak anak jalan2 tengok ladang teh.


abang ammar aim kek coklat tu!

Sambil minum teh dengan makan kek tu korang boleh tengok pemandangan
ladang teh yang indah tu. Memang rasa tenang sangat, ditambah pulak suhu time kami pergi tu memang sejuk 19C fuhhh! Terasa sampai ke tulang! Ahahaha.






Suka ammar dengan aqil! Btw ni 2nd time ammar datang cameron, dulu masa datang ammar kecik lagi belum pandai berjalan. Aqil plak 1st time! Budak ni lagi excited dapat jalan sini. Ehehehe.




2. Valley Tea House, Kuala Terla.


menunggu giliran.

Sampai jek sini terus nampak ade aktiviti 'Cameron Adventurous'. Huhuhu


aqil duduk dengan wan kat depan.
nasib ade akak baik hati tolong ambilkan gambar ni.

Korang boleh pilih nak naik ATV atau 4x4 jeep. Disebabkan aku tak pakai kasut, dengan nak handle anak2 lagi aku naik 4x4 jek dengan mak abah. Adik2 aku naik ATV. First time jelajah ladang teh macam ni memang seronok! Masing2 excited giler!




aku paling suka pic yang ni! Muahss.

Kat sini dorang akan bawak kite naik atas puncak ladang teh, dekat atas tu kite boleh turun ambil gambar selama 30minit. Tak sangka pemandangan dekat atas ni cantik sangat! Kalau korang nak menjerit pun boleh tau. Ahahaha.


ada gaya betul budak dua orang ni!

check point berhenti















Bukan main lagi budak dua orang ni! Masing2 excited dapat naik ATV.
Kalau korang yang nak datang cameron highland tu wajib cuba aktiviti ni. Tak rugi tau!



haipp! nak curi strawberry ye!
mummy and doubledA

Sebelum balik tu memang wajib la shopping buah2 dan sayur2 kat sini. Sebelum beli tu baik korang jalan2 buat survey dulu. Sebab setiap kedai marketing tak same! Kalau pandai bodek banyak la sayur korang dapat! Ahahaha.

Lagi Tempat Makan Best!

Kalau korang da sampai taiping, teringin nak makan seafood fresh, boleh drive 40minit ke Kuala gula. Dekat area sini banyak kedai2 makan yang best!

Kedai yang selalu family aku  pergi 'Js Muara' uniknya kedai ni sebab dibina dengan rakit atas muara. Sambil korang duduk makan, korang boleh rasa gegaran air ombak tiap kali bot2 nelayan lalu.
Dekat sini menu yang hot selalu kami order kari ikan sembilang dengan ketam nipah. Kari kat sini sangat recommended! Sebab kuah kari memang pekat likat! Menepati cita rasa kami semua.
Kalau korang nak pergi better call dulu untuk booking! Sebab kalau time public holiday memang orang ramai.

kami pergi time cuti biasa, jadi orang pun tak ramai sangat.
Makanan pun cepat jek sampai sebab orang tak ramai.




On the way korang nak balik tu, kalau teringin nak makan sate! Korang boleh jalan ikut Kuala kurau pulak. Dekat situ ade satu kedai jual sate yang sangat sedap! Kedai tu betul2 tepi jalan sebelum jambatan kuala kurau. Kalau korang dari taiping die akan jadi selepas jambatan kuala kurau kedai sebelah kiri.

Bagi aku kalau kedai sate2 dekat area taiping tu memang tak boleh lawan la dengan 'Sate Mamu' ni! kuah pekat memang cukup rasa, nasi impit pun lembut fav anak2 aku. Memang tak rugi korang drive jauh2 untuk makanan yang sedap macam ni tau.


tengok ni kuah pun melekat likat! Sedap woww.


Dekat area sate mamu tu pun ade satu kedai yang tengah hot viral 'Cik Aya' kedai ni aku tak boleh nak review lebih sebab tak sempat nak pergi makan lagi. Hari yang aku pergi tu orang ramai dan makanan pun dah habis. Jadi kalau korang nak pergi better call dan booking dulu kata pekerja dekat situ.

5 Tempat Makan Best di Taiping!

Kalau orang tanya tempat makan best dekat taiping? Bagi aku semua tempat makan kat taiping ni sedap2 setakat ni tak ade yang menghampakan aku. Huhuhuu. (sebab aku memang kaki makan)

Aku akan preview dekat korang semua tempat2 yang aku dah penah makan dan aku rasa sesuai untuk share bersama. 


1. Al-azeem Nasi Kandar (dekat area market pokok asam)

Satu buluh, bole makan 2 orang sebab banyak sangat!







Ni antara kedai nasi kandar kat taiping yang menjadi favourite family aku. Kari kat sini memang sedap menepati citarasa kami. Paling best kat sini nasi beriani buluh bambo! Kalau korang pergi sini wajib cuba!










2. Yut Sun (terletak di tengah2 pekan Taiping)

first time order terus jatuh cinta.




Restoran chinese ni memang betul2 legend dari zaman aku kecik lagi dah ade! Makan best kat sini banyak sangat, antara yang aku selalu makan chiken chop die memang lain sikit simple tapi sedap! Selain tu ade nasi goreng, mee hailam dan hari tu aku cube wedges macam dalam pic atas ni, sedap giler anak aku pun suka.











3. Food Court Plaza Larut Matang (dekat dengan market taiping)






Kalau tengahari korang tak nak makan nasi, boleh datang dekat food court ni! Memang best sebab macam2 makan ade kat sini, paling popular dan legend kat sini mee combat! (memang beratur kalau time cuti) Selain tu aku suka mee kari, laksa dan paling best popia basah ni! Fuhh terliur plak aku. Ahahaa










4. Dekat Sebelah Dengan Market Kota (nama kedai tak ingat)






Kedai ni awal pagi da buka, memang ramai orang datang sarapan pagi dekat sini. Tapi awal2 pagi pun die da ade menu nasi goreng semua tau. Yang aku makan hari tu lontong special ni! Memang sedap merecik baq hang! Roti telur goyang pun sedap =)











5. FMS Foods Court (berdepan dengan Mcd taman tasik taiping)

Rasa cendawan goreng ni macam makan ayam kfc plak.




Tiap kali balik taiping mesti nak datang lepak dekat sini! Sebab suasana santai sambil tengok pemandangan yang sangat indah. Sambil2 bawak anak main playground kat situ boleh la lepak minum kat sini. Makanan paling jadi fav family aku cendawan goreng nih! Memang sedap sangat, selalu kena order lebih sebab tak penah cukup! Ahahaha. Selain tu aku suka laksa cina ni memang lain dari laksa biasa, pastu ade mee udang, ketam semua memang terbaik!

Melatih Anak Kecil ke Tandas @ Potty Training

Assalamualaikum,
Korang yang ada anak kecil tu, start umur berapa melatih anak buang air kecil/besar kat toilet? hari ni aku nak share pasal pengalaman aku selama 1 minggu ni melatih ammar buang air kat toilet. Memandangkan ammar dah masuk 3 tahun dan dia pun dah pandai cakap, jadi dah tiba masanya untuk dia belajar berdikari buang air kecil/besar kat toilet.
Sebelum ni aku dah pernah cuba ajar dia, tapi tak berjaya sebab tak tahan daulat nak kena mop lantai banyak kali! aku surrender!ahahaa. Tapi kali ni aku dah nekad nak ajar juga, sebab dia pun dah besar dah paham apa 'mummy' dia cakap! then nampak dia pun lagi selesa dan suka bila tak pakai diapers =).
Untuk pastikan dia tak terkencing dalam seluar, setiap setengah jam aku akan tanya dia 'ammar nak kencing ke?' dan sentiasa ingatkan dia 'kalau ammar nak kencing pergi toilet tau'. Aku rasa dengan cara macam ni, kalau hari2 kita bercakap dan ingatkan anak2 mudah paham.
Setakat ni nampak la yang dia dah boleh berdikari pergi toilet sendiri, tapi part cebok tu memang aku kena pergi sekali la!huhuhuu. Buat masa sekarang aku latih dia dari pagi sampai ke petang, sebab malam tu memang confirm la dia akan banyak kencing dan tak akan bangun pergi toilet!😁

Sentosa Villa Taiping


Tak sangka aku dekat kampung aku ada resort cantik macam ni tau! Kalau korang nak tahu dekat sini la tempat Mia Ahmad buat majlis akad nikah dia dan suami. kawasan yang bertemakan alam semulajadi. Siap ada pokok2 buah di sekeliling kawasan ni tau! Paling best pokok buah durian Huhuhu.
Sapa2 yang teringin nak pergi dusun buah tu boleh la ambil feel kat sini. Dari sumber yang aku dapat, memang dulu tempat ni dusun buah tapi owner dia dah jual dekat orang lain. Jadi owner baru tu usahakan tempat ni jadikan sebuah resort. 
Selain boleh buat majlis dekat sini, korang pun boleh buat family day, gathering dan apa2 sahaja aktiviti keluarga. Khidmat BBQ pun disediakan tau! Korang Cuma perlu bayar sahaja, semua bahan2 bakar dan tempat BBQ di sediakan oleh pihak resort, best kan?.
Dekat resort ni korang boleh pilih nak menginap dekat hotel atau chalet.kalau yang datang ramai2 nak buat family gathering tu boleh ambil bungalow.
Bagi yang nak datang jalan2 dan makan2 santai pun boleh. Hari tu sempat lah juga aku dengan family datang sarapan pagi dekat sini. Sebenarnya suasana pagi dekat sini lebih nyaman dan sejuk tau!

Tempat2 Menarik di Taiping.

Hai korang semua!
Kali ni aku nak buat exclusive preview pasal kampung halaman aku! 'Taiping Bandar Warisan' khas buat orang2 luar. Dulu bila orang tanya aku apa yang best dekat taiping? Aku pun tak tahu nak cerita apa yang best sebab dah lama tak jalan2 dekat kampung sendiri. Tapi kali ni aku dah tahu mana tempat best! Kalau korang semua nak tahu mehh sini aku nak bagi story!huhuhuu
Sejak2 dah jadi surirumah tangga ni memang aku kerap balik kampung. Time balik kampung tula aku jadi kaki berjalan. Sebab mak abah aku jenis suka berjalan even dekat tempat sendiri. Boleh dikatakan kalau ada tempat2 best baru buka kat taiping tu mesti family aku pegi buat review dulu! (dasyatkan kami!ahahaha)
Sebenarnya memang banyak tempat2 best kat taiping tu yang ramai orang luar tak tahu. Orang ingat kalau pergi taiping ada night safari dengan taman tasik jek.
Tapi sebenarnya disebalik taman tasik tu ada lagi tempat2 best! Yang korang tak nampak. Hari ni aku nak habaq mai kat hampa semua mana lagi tempat yang patut hampa pi!!!! Tunggu sat aku preview satu2 tempat ok!

Bila Makan Tak Boleh Bercakap Pedas Hawhaww!

Hari ni aku nak share satu resepi ayam masak kicap power yang menjadi kegilaan family aku! Sape2 yang kaki makan pedas tu boleh cuba menu ni. Confirm ketagih!ahahaha

Menu ni sesuai di makan dengan ulam timun dan tomato (itu cara aku la) sebab boleh meredakan rasa pedas tu.

Cara masakan sangat lah mudah, tak ambil masa lama pun untuk korang bertapak kat dapur tuh..

Bahan utama:
1/2 Ayam
       kicap manis (jalen@kipasudang)

Bahan kisar:

10-15biji Cilipadi (aku suka pakai cili kampung)
2biji Cilimerah
2biji Bawang besar
2ulas Bawang putih
Halia (aku suka letak lebih)

Cara-cara:
Mula2 korang goreng ayam yang telah diperap bersama kunyit dan garam.

Sambil korang goreng ayam tu, boleh sediakan bahan untuk kisar. Untuk mengisar boleh letak sedikit air. Lepas ayam dah di goreng angkat letak tepi (tak perlu goreng terlalu garing).

Dan panaskan minyak, mula menumis bahan yang di kisar tadi sehingga sedikit garing (gunakan api yang kecil untuk pastikan cili betul2 masak) bila bahan tadi dah masak, masukkan sedikit garam (if korang pakai kicap jalen tak letak garam pun tak ape sebab da cukup rasa) kalau nak sedap korang tambahkan sedikit kicap pekat ABC! Dan kemudian masukkan kicap jalen@kipasudang.

Bila kicap tu dah berbuih cepat2 masukkan ayam yang dah di goreng tadi, gaul sebati. Dah siap senang kan! Kalau kat rumah korang ada daun sup, boleh racik halus2 tabur atas ayam tu pun sedap tau!

Ok dah siap jom makan!

Rezeki Anak2 Mummy!

Alhamdullillah,

Yeaa!!! Akhirnya aku berjaya mendapat akaun google 'Adsense' sebelum ni dah banyak kali apply tapi asyik kena reject jek! Sebab tak menepati kriteria yang dorang nak.🙄

Tapi kali ni rezeki allah dah tetapkan untuk aku! Happy giler kot, sebelum ni duk berangan jela nak dapat Adsense ni, yela sape yang tak suka bila orang nak bagi duit kan😊

Insyaallah lepas ni akan banyak update2 terbaru di blog aku! Korang tunggu tau😁
Semangat tu tiba2 datang melonjak2 pulak.

Untuk korang yang masih tunggu approve dari Adsense tu, jangan mudah putus asa! Teruskan memblogger di blog masing2 ye. Kalau bukan hari ni mungkin esok lusa rezeki korang pulak😊.



Review Diapers lagi!!!

Assalammualaikum,

Hai korang semua! Ok bagi parents2 kat luar tu yang ade anak kecil masih pakai diapers, korang mesti selalu buat survey harga2 diapers yang murah dan berkualiti kan? Hari ni aku nak review pasal satu diapers ni, harga sangat berpatutan! Dan setakat ni tak pernah mengecewakan aku lagi lah😁

Aku tahu pasal diapers ni pun dari cousin aku. Bila dah cuba sekali terus jatuh hati sampai sekarang 😍. Tapi tak semua pasaraya ade jual! Setakat ni yang aku pernah jumpa dan beli hanya di 'Manjaku' itu pun tak semua outlet ada (maybe tak sefamiliar macam brand lain)

Anak aku pakai diapers yang jenis pants, setakat ni aku memang sangat berpuas hati sebab diapers ni tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal, sangat berbeza dengan brand yang anak aku pakai sebelum ni! Harga memang jauh lebih murah kot, dekat situ je aku da jimat rm8. Dan diapers ni tak mudah terkoyak! Macam diapers aku beli sebelum ni, getah di bahagian pinggang pun fits elok😊.

Yang mana masih belum berpuas hati dengan quality dan harga diapers anak korang tu boleh cuba brand ni pulak. Harap perkongsian aku ni bermafaat untuk semua parents2 kat luar tu!😅😊

Orang tanya jadi surirumah ni best ke?

Meh sini!! aku nak cerita dekat korang semua pengalaman aku selama 2tahun lebih jadi surirumah ni😁. Penuh suka dan duka, segala onak duri terpaksa aku tempuhi (ceewahhhh ayat aku!)

The best part adalah! Kau dapat jaga anak sendiri, tengok anak2 membesar depan mata, tak semua orang dapat peluang menjaga anak di rumah. Jadi bile dah dapat peluang ni aku akan cuba mendidik dan menjaga anak2 aku sebaik yang mungkin.

Jadi surirumah ni bukan setakat keewangan jek nak kukuh! Fizikal mental korang pun nak kena kukuh! Kadang2 ada orang nampak macam seronok jek duduk rumah jaga anak, tapi dalam seronok yang korang nampak tu pun ade juga duka pahit yang nak kena telan sorang2 tau!😥

Bila dah jadi surirumah ni banyak juga dugaan nak kena lalui, kesabaran melayan karenah anak2 dengan perangai suami lagi! Senang cerita 100% hal ehwal rumah tangga kau nak kena hadap!🤕

Kadang2 tu stress juga! Tapi nasib suami aku ni ada la sifat 'toleransi' tu sikit😉
Bila die dah balik kerja, aku akan pastikan die pulak yang ambil alih jaga anak2😊 time tu aku akan curi2 waktu 'me time' 😍
Masa ni lah aku nak goyang kaki ke nak berfacial ke semua aku buat!ahahaa

Jadi surirumah ni pun kena banyak berehat, tak boleh stress2! Suami kena banyak bertolak ansur bantu isteri baru rumah tangga aman damai makmur sejahtera!sekian😁

Madah berhelah kejap!

Assalammualaikum semua,

Dah lama aku tak menulis blog ni kan! Sebenarnyer ade jek... Tapi duk sibuk update ig story!ahahahahahaa (sape2 yang nak follow tu boleh la jenguk2 di @citiwawa) Done promote ig!

Bila dah jadi housewife ni biasa la busy dengan anak2 jek lebih, sampai tak ade masa untuk diri sendiri. Apatah lagi nak menulis blog ni! Kejap lagi lain yang ada dalam kepala otak lain yang aku type!

Korang yang housewife macam aku mesti sama jek nasib macam ni kan?ahaha tapi tak ape jangan stress2! Kalau korang stress lagi teruk rupa korang nanti jom kita chill2!

Duduk rumah kalau tak ade orang nak berborak@bercakap memang boleh jadi gila kan, nak harap suami tunggu die balik keja mengalahkan PM! Sibuk memanjang! Lagi2 nak dekat PRU ni!ahahahaha (macam laki aku tercalon plak)

Sekali sekala nak juga keluar lepak dengan kawan2 gosip2 sambil minum double chocolate chip frappuccino kat starbucks tu kan! (fuhhh! Lama giler aku tak minum air tu!樂)
Tapi apakan daya..nak keluar pun kena bawak anak2 baik duduk rumah jela jalan paling selamat sambil minum teh o panas cicah biskut dalam tin!hrrmmmm...












!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...