Pengalaman Anak Kena HFMD (Virus Coxsackie a16)

Assalammualaikum,

Disebabkan ramai yang bertanya macam mana  pengalaman semasa ammar kena penyakit HFMD. Jadi terdetik pulak hati aku nak share pengalaman aku dekat sini.

Seperti yang korang tahu HFMD adalah penyakit kaki tangan dan mulut, yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie. Virus coxsackie sangat mudah berjangkit melalui sentuhan cecair lepuh, air liur dan najis pesakit.



Pic ni aku ambil seminggu sebelum ammar sakit.

Pada may 2016 adalah satu pengalaman dan dugaan besar bagi aku. Masa tu aku tengah sarat mengandung 7 bulan anak ke 2, dan ammar pulak berumur 15bulan. Sebelum ammar disahkan kena penyakit HFMD, ammar dah demam banyak hari dan aku pun tak la syak ape2 yang serius masa tu (cuma monitor dan bagi ubat demam dekat rumah).

Sampai la 2, 3hari die dah mula tak nak susu dan makan, Dan badan ammar pun dah mula keluar bintik2 merah bermula dari kaki sampai la ke muka. Aku pun dah mula tak sedap hati, dan terus decided dengan suami untuk bawak pergi klinik.

Bile sampai klinik doc check tengok dalam mulut ammar banyak sangat ulser sebab tu die tak boleh minum dan makan. Ya allah time tu sedih sangat tengok ammar (doc pun tak sahkan lagi penyakit ape,cuma pesan perlu banyak minum air dan doc bagi antibiotik). Tapi dalam masa 3 hari kalau tak ok lagi doc akan buat surat untuk refer ke hospital terus.

Balik jek rumah, macam biasa cuba lagi bagi die susu dan makan. Tetap same tolak, sampai la ke petang ammar cuma terbaring jek memang nampak lemah sangat. Badan pun dah mula pucat lesu! (time ni memang aku dah takut sangat).

Terus ajak suami pergi hospital. Kami pergi hospital serdang. Sampai hospital daftar, tak lama tu tiba giliran ammar. Then aku pun cerita la dekat doc dari hari pertama ammar demam sampai lah ke hari tu.

Doc pun dah mula pelik tengok bintik2 kat badan ammar dengan dalam mulut pulak penuh ulser. Dorang pun masih tak dapat kesan lagi ni HFMD (sebab ni kes pertama di hospital serdang). Jadi doc pun sarankan ammar untuk masuk wad. Aku pun rasa lega skit time ni atleast dorang concern tengok keadaan ammar. Sementara nak tunggu proses kemasukan ke wad nurse masukkan air dalam badan ammar melalui drips (alhamdulillah).


Bintik2 merah dekat kaki still ada
 (for info bintik2 ni ambil masa dalam seminggu juga untuk hilang dari badan anak)

Masa masuk wad tu pun dah lewat malam, jadi untuk rawatan selanjutnya kena tunggu doc pakar for the next day. Ammar pun masih on drips. Esokkan hari tiba waktu doc pakar buat pemeriksaan. Dan bila sampai turn ammar doc pun check dan tengok dalam mulut semua. Yes! Memang confirm! HFMD. Doc tu pun terangkan dekat aku satu persatu tentang penyakit tu (aku pun masih blur2 lagi time nih).

Dan doc pun mengambil langkah keselamatan untuk mengelakkan pesakit2 lain pun kena, ammar akan di kuarantin dalam bilik khas.

Hampir 2hari dalam wad keadaan ammar pun dah kembali stabil dan nampak ok skit bila dah masuk air. Setiap kali ammar makan minum aku akan take note, buat report dekat nurse, sebab nak tahu perkembangan semasa, selepas masuk air.
Dan ammar pun still on paracetamol sebab masih demam. 



Time ni ammar tengah tunggu daddy jemput balik.

Hari ke 3 di wad, kebetulan hari ni ade pulak lagi sorang budak lebih kurang sebaya ammar juga, suspek HFMD. Budak tu pun kena quarantine satu bilik dengan ammar. Kesian tengok die pun menangis jek macam hari ammar mula2 kena tu.

Tapi ammar masa ni dah sihat sikit. Dah boleh makan minum (ya allah..happy giler bile tengok anak dah sihat balik) ammar pun da mula nak turun katil jalan2 dalam bilik.

Bila ammar dah mula nampak sihat demam pun dah kebah. Nurse pun bagi tahu ammar mungkin boleh discharge hari ni (alhamdulillah lega rasa).

Tapi bila dah balik rumah pun ammar still kena Kuarantin dalam masa seminggu.  Untuk pastikan die betul2 sihat dan bebas dari HFMD.

Untuk korang yang ada anak kena HFMD ni kalau nampak badan anak tu dah lemah better bawak pergi hospital terus. Dan bila anak dah disahkan oleh doc kena HFMD, ikut nasihat yang diberikan. Jangan bawa anak keluar (kuarantin) sebab akan menyebabkan jangkitan pada kanak2 lain juga.

Kerap lah basuh tangan, kalau ade ahli keluarga lain dalam rumah pun kena sentiasa ambil langkah berjaga2 supaya tak berjangkit.


Sedikit info untuk korang semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...