Review Diapers lagi!!!

Assalammualaikum,

Hai korang semua! Ok bagi parents2 kat luar tu yang ade anak kecil masih pakai diapers, korang mesti selalu buat survey harga2 diapers yang murah dan berkualiti kan? Hari ni aku nak review pasal satu diapers ni, harga sangat berpatutan! Dan setakat ni tak pernah mengecewakan aku lagi lah😁

Aku tahu pasal diapers ni pun dari cousin aku. Bila dah cuba sekali terus jatuh hati sampai sekarang 😍. Tapi tak semua pasaraya ade jual! Setakat ni yang aku pernah jumpa dan beli hanya di 'Manjaku' itu pun tak semua outlet ada (maybe tak sefamiliar macam brand lain)

Anak aku pakai diapers yang jenis pants, setakat ni aku memang sangat berpuas hati sebab diapers ni tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal, sangat berbeza dengan brand yang anak aku pakai sebelum ni! Harga memang jauh lebih murah kot, dekat situ je aku da jimat rm8. Dan diapers ni tak mudah terkoyak! Macam diapers aku beli sebelum ni, getah di bahagian pinggang pun fits elok😊.

Yang mana masih belum berpuas hati dengan quality dan harga diapers anak korang tu boleh cuba brand ni pulak. Harap perkongsian aku ni bermafaat untuk semua parents2 kat luar tu!😅😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...