Short Trip Pulau Pangkor!

   


Assalammualaikum,


Hai korang! lama aku tak update blog hari ni aku nak share pasal trip kami 4beranak ke pulau pangkor pada bulan july, lepas PKP hari tu. trip ni memang tak plan langsung dari awal, trip kali ni main terjah jek sebab masing2 keliru nak pegi mana...ahahaha. Almaklum lah berapa bulan berkurung dalam rumah gara2 Covid19 huhuhuhu.  

Hari pertama sampai, kami checkin hotel bajet sekitar pekan lumut. Sebab dah lewat petang, nak naik feri pun tak sempat. Jadi aku decided dengan suami stay dekat lumut jek, esok awal pagi baru kami ambik feri masuk pulau pangkor.




Malam tu sempat la jalan2 dekat pekan lumut sambil menyelam cari makan, wahh  tak sangka malam minggu dekat lumut ni meriah! Tempat makan pun banyak boleh santai2 tepi laut ambik angin malam. Ni pic kami 4 beranak makan durian tepi jalan dekat tengah pekan lumut... lama betul tak makan durian.
Dak tecik dengan abang ammar sama naik hantu durian.



Esok pagi selepas subuh kami siap2 terus ke jeti lumut, naik feri pukul 7.15pagi 
waktu ni 1st trip feri ke pulau pangkor last feri pukul 6.30ptg. 

Info: Untuk ke Pulau pangkor ada 2 jeti korang boleh naik (lumut/marina)
yang aku naik ni dari jeti lumut perjalanan lebih kurang 20 ke 30mnt
kalau dari marina lebih kurang 15mnt (lebih dekat).

Tiket feri untuk 2way (pergi dan balik), jadi pastikan korang simpan tiket jangan buang!
 Kalau tiket korang hilang atau terbuang kena beli lagi tiket untuk balik.



Sampai di jeti pangkor akan ada agent2 sewa kereta dan motor menuggu, time ni korang kena la pandai tawar menawar harga dengan dorang. Trip kami 4 beranak ni terlalu singkat masuk pagi tengahari dah kena keluar jadi kami pilih untuk sewa motor RM60 (1hari).

Pulau pangkor ni tak lah besar mana pun, kalau nak pusing2 pulau dengan motor tu memang tak jadi masalah, mostly kat sini banyak menggunakan motor. Lebih kurang dalam 40mnt macam tu dah boleh tawaf satu pulau.




1st check point kami ' Teluk nipah' lepas sarapan pagi, terus bawak anak2 mandi laut.
teruja sekejap tengok air laut dekat sini bersih sangat2! hasil pkp 2bulan banyak kesan positif pada pulau2 dan sungai yang kita boleh tengok.



'Dak tecik' macam biasa la, baru2 turun laut dia jadi takut kejap!
aku masih duk teruja dengan air laut yang jernih macam ni...huhuhu



Abang ammar sibuk nak tangkap anak2 ikan main tepi pantai.
Dah tak payah pergi snorkeling tengah laut, tepi2 laut ni pun dah bersepah anak2 ikan berenang, siap kami bagi makan roti lagi..ahahaha





Dah penat mandi pantai di teluk nipah tadi, kami pusing sekitar pulau pangkor pulak dan kami singgah check point ke2 tempat ni terletak atas sikit dari teluk nipah (tak ingat apa nama) tempat yang paling aku suka dan cantik kat pangkor! Tengok view dia masyaallah...cantik sangat rasa macam kat oversea kejap!ahahaha. Kiranya Port ni 'mat salleh' banyak lepak.

Tempat makan tengahari kami di

 'Daddy's Cafe'



 Nice picture abang ammar dengan view belakang yang super cantik!!!



Makan dekat sini semua sedap, harga pun tak lah mahal sangat, makanan dengan harga bersesuaian sangat! korang yang suka 'OOTD' tu elok la datang sini memang best ambik gambar dekat sini!




Sebab trip ni terlalu singkat! jadi kami buat aktiviti santai2 untuk layan anak2, mandi laut dan pusing2 pulau. Dekat sini paling lama kami lepak!




 Dua beradik ni memang rentung teruk!ahahaha sebab dorang jek yang sakan bersantai kat pantai...berapa bulan tak dapat keluar berjalan, kali ni mummy bagi dorang lepak puas2 kat laut!

Lepas lepak dekat sini hampir 3jam lebih juga la...dalam pukul 4.30 macam tu kami terus pegi jeti ambik feri balik ke lumut, dekat lumut sambung checkin hotel yang sama dalam 2jam macam tu sebab nak bersiap mandi dan sempat la tidur sekejap. Then checkout terus balik kl sebab esoknya mummy dah kena kerja!! 

This is our great weekend!!!













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...