Bercuti Lagi di Johor Bahru!



Lepas short trip kami bulan july, aku plan sekali lagi pada bulan ogos semperna cuti hari merdeka. Kali ni kami pergi lama sikit 2hari 3malam. Percutian kali ni aku pilih untuk pergi ke negeri JDT (johor bahru). Dah lama sebernya tak pergi jb ni, last pergi pun masa zaman bujang dulu. Anak2 pun excited sangat sebab dorang first time pergi jb.

Bertolak dari rumah pukul 4pagi, sebab target sampai sana kami nak sarapan pagi, perjalan sangat lancar. sampai Jb hampir pukul 9pagi, terus cari hotel (hotel aku dah book awal guna agoda). Hari pertama, kami menginap hotel di tengah pekan jb. Sebab kami sampai awal, dan waktu checkin pukul 2 jadi kami pergi sarapan dulu. 



Budak dua ketui ni tak mandi lagi dengan baju tidur..ahaha
masing2 dah lapar, nasib mummy ada standby bekal brownies.

kami sarapan dekat area hotel juga, sebab dah tak larat nak pusing cari kedai lain, masing2 dah lapar. Kedai ni ala kopitiam, more to chinese foods, aku makan pan mee sup dia memang sedap! kopi ais pun kaw ya amat! fav suami aku. Lepas sarapan sementara nak tunggu checkin hotel bawak la anak2 pusing jalan2 dekat taman.

 


Atas budi baik bicara dengan pihak hotel dapat la kami masuk bilik awal sikit, anak2 pun dah merungut time tu nak mandi nak tido..ahahaha. Dah mandi badan dah segar, dorang sibuk layan movie pulak. daddy sambung tidur kononnya letih drive! (padahal mummy yang drive sampai jb).

Lepas dah puas berehat kat bilik, dengan cuaca pun sejuk baru lepas hujan, kami keluar cari makan malam terus, tempat makan ni antara tempat yang popular dekat jb.


'Senibung'


Pukul 5 lebih dah sampai sini, memang orang tak ramai lagi, nak pilih tempat duduk pun senang, dekat sini banyak pilihan makanan laut yang korang boleh pilih. Harga ikut saiz dan berat. Antara yang best dekat sini Lobster, King crab, Ketam nipah dan macam2 lagi.



 Ni gambar kami sekeluarga, time orang tak ramai ni makanan pun cepat jek sampai,
anatara menu yang aku order: 
Siakap bakar 
Siakap stim limau
Ketam (chili crab)
Kerang bakar
Buah2 campuran (free)
Total harga kami makan 4 beranak RM180++



 3 beranak ni duk sibuk tengok ikan todak dalam laut...

Tempat makan ni betul2 mengadap singapore, kalau nak tengok view lebih cantik waktu malam, boleh nampak lampu2 dari bandar singapore.



Habis makan terus gerak balik hotel, mummy dengan anak2 dah letih nak rehat kat bilik. Daddy sambung jalan bazar karat, bazar karat ni dengan hotel yang kami menginap memang dekat, 
jalan kaki jek.
 


Ini view waktu malam hotel kami menginap, kalau korang ada plan nak pergi jb dan tak tahu nak stay dekat mana boleh cuba hotel ni! aku suka konsep klasik dekorasi dalam hotel yang cantik, layanan staff dan manager hotel pun sangat baik!




2day kami dah ready nak checkout dari CIQ hotel, dan sambung menginap di tempat lain pulak. Nak tahu kami ke mana...sambung next entry!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...