5 Tempat Makan Best di Taiping!

Kalau orang tanya tempat makan best dekat taiping? Bagi aku semua tempat makan kat taiping ni sedap2 setakat ni tak ade yang menghampakan aku. Huhuhuu. (sebab aku memang kaki makan)

Aku akan preview dekat korang semua tempat2 yang aku dah penah makan dan aku rasa sesuai untuk share bersama. 


1. Al-azeem Nasi Kandar (dekat area market pokok asam)

Satu buluh, bole makan 2 orang sebab banyak sangat!







Ni antara kedai nasi kandar kat taiping yang menjadi favourite family aku. Kari kat sini memang sedap menepati citarasa kami. Paling best kat sini nasi beriani buluh bambo! Kalau korang pergi sini wajib cuba!










2. Yut Sun (terletak di tengah2 pekan Taiping)

first time order terus jatuh cinta.




Restoran chinese ni memang betul2 legend dari zaman aku kecik lagi dah ade! Makan best kat sini banyak sangat, antara yang aku selalu makan chiken chop die memang lain sikit simple tapi sedap! Selain tu ade nasi goreng, mee hailam dan hari tu aku cube wedges macam dalam pic atas ni, sedap giler anak aku pun suka.











3. Food Court Plaza Larut Matang (dekat dengan market taiping)






Kalau tengahari korang tak nak makan nasi, boleh datang dekat food court ni! Memang best sebab macam2 makan ade kat sini, paling popular dan legend kat sini mee combat! (memang beratur kalau time cuti) Selain tu aku suka mee kari, laksa dan paling best popia basah ni! Fuhh terliur plak aku. Ahahaa










4. Dekat Sebelah Dengan Market Kota (nama kedai tak ingat)






Kedai ni awal pagi da buka, memang ramai orang datang sarapan pagi dekat sini. Tapi awal2 pagi pun die da ade menu nasi goreng semua tau. Yang aku makan hari tu lontong special ni! Memang sedap merecik baq hang! Roti telur goyang pun sedap =)











5. FMS Foods Court (berdepan dengan Mcd taman tasik taiping)

Rasa cendawan goreng ni macam makan ayam kfc plak.




Tiap kali balik taiping mesti nak datang lepak dekat sini! Sebab suasana santai sambil tengok pemandangan yang sangat indah. Sambil2 bawak anak main playground kat situ boleh la lepak minum kat sini. Makanan paling jadi fav family aku cendawan goreng nih! Memang sedap sangat, selalu kena order lebih sebab tak penah cukup! Ahahaha. Selain tu aku suka laksa cina ni memang lain dari laksa biasa, pastu ade mee udang, ketam semua memang terbaik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...