Masak kari Paling Mudah Dan Sedap!


Dah lama aku tak makan kari ikan bawal! Sebelum ni kalau nak merasa makan pun time balik kampung. Sebab nak makan kari mak masak! Mak aku kalau masak kari, mamak nasi kadaq pun boleh menagis tau! Ahahahaa. (serius memang sedap) sebab tu abah sayang lebih!

Ok malam ni aku pun gagah juga la masak sebab dah teringin sangat kan! Jadi xjadi belakang kire la! Huhuhuhu. Tapi nasib baik menjadi tau! Tu pun lepas whatsapps mak tanya resepi!kahhh!


Aku suka guna rempah kari babas sebab kari die lebih kaw!!! Kalau korang nak pedas cuma tambah serbuk cili babas! Memang terbaik!

Bahan-bahan :
1biji Bawang besar
3ulas Bawang putih 
1sb Halba campur
2pek kecil Serbuk kari babas
1@2 tangkai Daun kari


Ni bahan2 untuk menumis yee...

Bahan lain :
Air asam jawa
1biji Santan kelapa
1@2 ekor ikan bawal
Tomato
Bendi
Terung 

Cara-cara :
Hiris bawang besar dan bawang putih, tumis bersama daun kari dan halba campur. Agak bawang dah hampir garing masukkan serbuk kari babas tumis sampai pecah minyak (sebelum tumis bancuh serbuk kari bersama air suam)

Agak dah pecah minyak masukkan sedikit air asam jawa, kemudian di ikuti dengan santan. Masukkan ikan dan tutup tudung periuk biar mendidih seketika.

Selepas mendidih masukkan garam, gula dan bahan perasa lain. Akhir sekali masukkan tomato, bendi dan juga terung agak dah layu skit boleh tutup api. Siap!!!


Kari ni aku masak semalam awal, sebab lagi lama lagi sedap kari tu nanti! Ok tak sabar nak bangun esok pagi makan nasi! Ehehehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...