Jalan2 Di Marina Walk Puteri Harbour.





Selesai checkin, simpan barang  dan berehat sekejap. Kami sambung pulak jalan2 sekitar hotel, 
memang rezeki bawak anak2 datang time macam ni, sebab banyak sangat aktiviti semperna sambut bulan kermedekaan. Meriah dengan kedatangan orang2 di sekitar johor.



Tempat kami tiga beranak bergambar ni di marina walk, berlakang dengan hotel kami menginap. Bahagian belakang kami bergambar ni tempat perlabuhan kapal dan bot2 mewah. Best lepak dekat sini petang2, anak2 pun excited dapat tengok ikan dalam laut tu macam2 jenis ada.



Ini antara events yang ada dekat marina walk, banyak boot jualan dan juga live band dari penduduk tempatan dekat sini. Macam biasa nak masuk events ni kena register dulu dan patuh SOP. Kalau masuk tempat2 macam ni bawak anak2 kecil macam biasa la mak pak kena standby duit banyak sikit!ahahahaa



Hasil berjalan dekat marina walk, dapat la anak2 'pau' daddy beli layang2. Sebelah dengan hotel kami tu ada dataran pasir ala2 macam pasir kat tepi pantai. Anak2 nak main korek2 pasir ke layang2 boleh main dekat sini, kebetulan angin pun kuat memang sesuai main layang2 waktu ni. Layang2 abang ammar berjaya naik tinggi! Dak tecik tu stress pulak layang2 dia buat hal (orang yang jual tu salah tebuk lubang!ahahaha).














 

Makan Tengahari Di JB.


Hari ke dua checkout dari hotel CIQ, terus gerak ke next destinasi, dan kami singgah makan tengahari dulu di sini:


'Sup Tulang ZZ'


Tengok time ni waktu makan tengahari memang ramai orang, masing2 tunggu turn nak masuk makan, semua kena patuh SOP ikut giliran dan wajib ambik suhu badan terlebih dahulu. Nasib la tak lama sangat menunggu, tempat makan pun selesa.




Antara yang popular dekat sini sup gearbox! Dan ada lagi menu yang lain juga.
Yang kami order:

Nasi ayam penyet
Sup gearbox


Sudah selesai makan tengahari terus gerak ke destinasi kami seterusnya terletak di Nusajaya. Perjalan ambik masa lebih kurang 30minit dari pekan jb, salah satu tempat yang menarik di jb.


Next hotel kami menginap 'Jen Puteri Harbour' by Shangri-La
hotel ni antara yang best di Nusajaya. 





 


 

Bercuti Lagi di Johor Bahru!



Lepas short trip kami bulan july, aku plan sekali lagi pada bulan ogos semperna cuti hari merdeka. Kali ni kami pergi lama sikit 2hari 3malam. Percutian kali ni aku pilih untuk pergi ke negeri JDT (johor bahru). Dah lama sebernya tak pergi jb ni, last pergi pun masa zaman bujang dulu. Anak2 pun excited sangat sebab dorang first time pergi jb.

Bertolak dari rumah pukul 4pagi, sebab target sampai sana kami nak sarapan pagi, perjalan sangat lancar. sampai Jb hampir pukul 9pagi, terus cari hotel (hotel aku dah book awal guna agoda). Hari pertama, kami menginap hotel di tengah pekan jb. Sebab kami sampai awal, dan waktu checkin pukul 2 jadi kami pergi sarapan dulu. 



Budak dua ketui ni tak mandi lagi dengan baju tidur..ahaha
masing2 dah lapar, nasib mummy ada standby bekal brownies.

kami sarapan dekat area hotel juga, sebab dah tak larat nak pusing cari kedai lain, masing2 dah lapar. Kedai ni ala kopitiam, more to chinese foods, aku makan pan mee sup dia memang sedap! kopi ais pun kaw ya amat! fav suami aku. Lepas sarapan sementara nak tunggu checkin hotel bawak la anak2 pusing jalan2 dekat taman.

 


Atas budi baik bicara dengan pihak hotel dapat la kami masuk bilik awal sikit, anak2 pun dah merungut time tu nak mandi nak tido..ahahaha. Dah mandi badan dah segar, dorang sibuk layan movie pulak. daddy sambung tidur kononnya letih drive! (padahal mummy yang drive sampai jb).

Lepas dah puas berehat kat bilik, dengan cuaca pun sejuk baru lepas hujan, kami keluar cari makan malam terus, tempat makan ni antara tempat yang popular dekat jb.


'Senibung'


Pukul 5 lebih dah sampai sini, memang orang tak ramai lagi, nak pilih tempat duduk pun senang, dekat sini banyak pilihan makanan laut yang korang boleh pilih. Harga ikut saiz dan berat. Antara yang best dekat sini Lobster, King crab, Ketam nipah dan macam2 lagi.



 Ni gambar kami sekeluarga, time orang tak ramai ni makanan pun cepat jek sampai,
anatara menu yang aku order: 
Siakap bakar 
Siakap stim limau
Ketam (chili crab)
Kerang bakar
Buah2 campuran (free)
Total harga kami makan 4 beranak RM180++



 3 beranak ni duk sibuk tengok ikan todak dalam laut...

Tempat makan ni betul2 mengadap singapore, kalau nak tengok view lebih cantik waktu malam, boleh nampak lampu2 dari bandar singapore.



Habis makan terus gerak balik hotel, mummy dengan anak2 dah letih nak rehat kat bilik. Daddy sambung jalan bazar karat, bazar karat ni dengan hotel yang kami menginap memang dekat, 
jalan kaki jek.
 


Ini view waktu malam hotel kami menginap, kalau korang ada plan nak pergi jb dan tak tahu nak stay dekat mana boleh cuba hotel ni! aku suka konsep klasik dekorasi dalam hotel yang cantik, layanan staff dan manager hotel pun sangat baik!




2day kami dah ready nak checkout dari CIQ hotel, dan sambung menginap di tempat lain pulak. Nak tahu kami ke mana...sambung next entry!






Short Trip Pulau Pangkor!

   


Assalammualaikum,


Hai korang! lama aku tak update blog hari ni aku nak share pasal trip kami 4beranak ke pulau pangkor pada bulan july, lepas PKP hari tu. trip ni memang tak plan langsung dari awal, trip kali ni main terjah jek sebab masing2 keliru nak pegi mana...ahahaha. Almaklum lah berapa bulan berkurung dalam rumah gara2 Covid19 huhuhuhu.  

Hari pertama sampai, kami checkin hotel bajet sekitar pekan lumut. Sebab dah lewat petang, nak naik feri pun tak sempat. Jadi aku decided dengan suami stay dekat lumut jek, esok awal pagi baru kami ambik feri masuk pulau pangkor.




Malam tu sempat la jalan2 dekat pekan lumut sambil menyelam cari makan, wahh  tak sangka malam minggu dekat lumut ni meriah! Tempat makan pun banyak boleh santai2 tepi laut ambik angin malam. Ni pic kami 4 beranak makan durian tepi jalan dekat tengah pekan lumut... lama betul tak makan durian.
Dak tecik dengan abang ammar sama naik hantu durian.



Esok pagi selepas subuh kami siap2 terus ke jeti lumut, naik feri pukul 7.15pagi 
waktu ni 1st trip feri ke pulau pangkor last feri pukul 6.30ptg. 

Info: Untuk ke Pulau pangkor ada 2 jeti korang boleh naik (lumut/marina)
yang aku naik ni dari jeti lumut perjalanan lebih kurang 20 ke 30mnt
kalau dari marina lebih kurang 15mnt (lebih dekat).

Tiket feri untuk 2way (pergi dan balik), jadi pastikan korang simpan tiket jangan buang!
 Kalau tiket korang hilang atau terbuang kena beli lagi tiket untuk balik.



Sampai di jeti pangkor akan ada agent2 sewa kereta dan motor menuggu, time ni korang kena la pandai tawar menawar harga dengan dorang. Trip kami 4 beranak ni terlalu singkat masuk pagi tengahari dah kena keluar jadi kami pilih untuk sewa motor RM60 (1hari).

Pulau pangkor ni tak lah besar mana pun, kalau nak pusing2 pulau dengan motor tu memang tak jadi masalah, mostly kat sini banyak menggunakan motor. Lebih kurang dalam 40mnt macam tu dah boleh tawaf satu pulau.




1st check point kami ' Teluk nipah' lepas sarapan pagi, terus bawak anak2 mandi laut.
teruja sekejap tengok air laut dekat sini bersih sangat2! hasil pkp 2bulan banyak kesan positif pada pulau2 dan sungai yang kita boleh tengok.



'Dak tecik' macam biasa la, baru2 turun laut dia jadi takut kejap!
aku masih duk teruja dengan air laut yang jernih macam ni...huhuhu



Abang ammar sibuk nak tangkap anak2 ikan main tepi pantai.
Dah tak payah pergi snorkeling tengah laut, tepi2 laut ni pun dah bersepah anak2 ikan berenang, siap kami bagi makan roti lagi..ahahaha





Dah penat mandi pantai di teluk nipah tadi, kami pusing sekitar pulau pangkor pulak dan kami singgah check point ke2 tempat ni terletak atas sikit dari teluk nipah (tak ingat apa nama) tempat yang paling aku suka dan cantik kat pangkor! Tengok view dia masyaallah...cantik sangat rasa macam kat oversea kejap!ahahaha. Kiranya Port ni 'mat salleh' banyak lepak.

Tempat makan tengahari kami di

 'Daddy's Cafe'



 Nice picture abang ammar dengan view belakang yang super cantik!!!



Makan dekat sini semua sedap, harga pun tak lah mahal sangat, makanan dengan harga bersesuaian sangat! korang yang suka 'OOTD' tu elok la datang sini memang best ambik gambar dekat sini!




Sebab trip ni terlalu singkat! jadi kami buat aktiviti santai2 untuk layan anak2, mandi laut dan pusing2 pulau. Dekat sini paling lama kami lepak!




 Dua beradik ni memang rentung teruk!ahahaha sebab dorang jek yang sakan bersantai kat pantai...berapa bulan tak dapat keluar berjalan, kali ni mummy bagi dorang lepak puas2 kat laut!

Lepas lepak dekat sini hampir 3jam lebih juga la...dalam pukul 4.30 macam tu kami terus pegi jeti ambik feri balik ke lumut, dekat lumut sambung checkin hotel yang sama dalam 2jam macam tu sebab nak bersiap mandi dan sempat la tidur sekejap. Then checkout terus balik kl sebab esoknya mummy dah kena kerja!! 

This is our great weekend!!!













Jom Masak Laksa!

Hari ni aku nak share resepi kuah laksa cara aku, laksa ni memang favourite aku dengan anak2. Dekat rumah kalau ada laksa memang kami jek yang akan habiskan..laki aku memang tak makan dan tak suka! (peraqq buiihh kata orang utara).

Kalau masak laksa aku paling suka guna ikan sardin! sebab rasa lemak ikan tu semua cukup dan paling sedap, tapi ada setengah orang guna ikan kembung dan lain2 ikan pun ada. Selalu kalau masak laksa aku beli dalam setengah kilo atau beberapa ekor jela ikan..sebab nak makan 3orang jek, tapi kalau masak lebih pun tak apa boleh simpan banyak hari.. kalau buat frozen pun tahan berbulan2 tau!





Bahan2 untuk kuah laksa:
Ikan sardin
Cili kering (kisar)
Bunga kantan
Daun kesum
Asam keping (10 keping)
Bawang besar (kisar)
Belacan (secukup rasa)


Cara2:
Rebus ikan yang telah siap dicuci bersih bersama air secukupnya, sementara tunggu ikan mendidih boleh lah korang sediakan bahan kisar (cili kering, bawang besar & belacan)
belacan kena secukup rasa ye, kalau kurang nanti kuah kurang rasa seeloknya guna belacan yang sedap! baru kuah korang pun rasa sedap gituw...ahahaha

Bila ikan dah siap rebus, macam biasa la korang kena perisi (kopek) dulu, isi dan tulang ikan perlu letak berasingan ye..dah siap perisi boleh terus kisar, kisar isi ikan terlebih dahulu dan masukkan sedikit air rebusan tadi, lepas tu kisar pulak tulang ikan dan guna air rebusan ikan juga, kemudian boleh la tuangkan kedalam periuk, isi ikan yang dah kisar tadi tuang ke dalam periuk tanpa ditapis ye. untuk bahagian tulang ikan yang dah kisar tadi perlu ditapis.

Dah siap masukkan ikan tadi, korang boleh masukkan bahan kisar tadi (cilikering, bawang dan belacan) ikut sukatan beberapa senduk korang nak,kalau aku suka kuah warna merah2 skit jadi aku akan masuk lebih cili kering tu..kalau tak nak pedas boleh kurangkan cili kering.




Ini rupa semua bahan yang dah dimasukkan ke dalam periuk tadi, semua bahan aku campak siap2 dalam periuk tu temasuk sekali dengan asam keping daun kesum dan bunga kantan, pastu korang boleh la buka api, masak sampai mendidih dan boleh tabur garam siap (masak biar lama sedikit bagi cili betul2 masak).

Sementara tunggu kuah masak korang boleh la sediakan bahan2 untuk makan nanti:

Mee laksa (wajib ada! aku suka laksa basah@kenyal)
Timun
Salad
Telur rebus
Nenas (optional)
Bawang besar
Cili padi
Asam limau 
(aku jarang guna sebab kuah laksa aku dah cukup masam dengan asam keping)





Yeaa...kuah laksa dah siap masak! tengok warna kuah laksa sis just nice...kihkihkih

Tips untuk masak kuah laksa, aku suka masak sehari awal, contoh malam ni aku masak, esok pagi baru makan..kuah laksa ni lagi lama lagi sedap tau dan kalau ada lebihan kuah laksa jangan buang ye...simpan buat frozen next time kalau tiba2 teringin nak makan laksa boleh panaskan jek.
ok selamat mencuba korang bye!

Yeaaa!! dah boleh balik kampung (PKPP)




Tarikh keramat 10hb june 2020 bila PM umum semua rakyat dah boleh merentas negeri!!!yaaahooooo punya lah excited masing2 macam cacing baru keluar tahan...ahahaha (sampai tak tau la nak pii kemana dulu!)

Jadi aku pilih untuk pulang ke desa bertemu mak abah dan adik2 kat kampung...ehehehee.. (nak2 plak tengah musim durian)

Teruja la jugak time tu..sebab dah lama sangat tak keluar, dapat jalan atas highway tengok pemandangan bukit bukau, pokok2 tepi jalan pun dah happy giler. Terima kasih PM sebab memahami perasaan anak perantauan mcam kami ni... =)

Perjalanan aku suami dan anak2 bermula pada jumaat tengahari lepas, nasib la jalan tak jam baq hang! mula2 expectation kami confirm jalan jam giler sebab ramai yang akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga buat kali ke2. Alhamdullillah...walaupun banyak kereta tapi perjalanan masih lagi lancar, cuma hujan dan angin agak kuat sepanjang perjalanan kami.



Budak tecik tu teruja nak balik jumpa tokwan dia!ahahahaha





Macam biasa singgah rnr rawang tapau ayaq mahai ni sat buat modal basah tekak atas highway. Disebabkan kerajaan saran untuk bawak bekalan makan sendiri sebab rnr tidak dibuka sepenuhnya, jadi kami tapau siap2 makanan, berhenti makan dalam kereta jela.

Perjalanan kami lebih kuran 4jam lebih (kajang - Taiping)
selamat sampai rumah..langkah kanan balik kampung rezeki mak masak pulut durian!!yiiihuuuuu


Jom buat Sizzling Yee Mee kat rumah!

Assalammualaikum semua! Hari ni aku nak share resepi Sizzling Yee Mee yang aku masak semalam untuk menu berbuka puasa, kalau korang yang dah jemu makan nasi atau dah tak tahu nak masak apa untuk berbuka sekali sekala boleh cuba buat menu ni. Puas rasa bila dapat makan sizzling yee me!ahahaha almaklum lah musim PKP ni semua benda kena belajar masak sendiri...kihkihkihkihh




Bahan2:
2 gulung Yee Mee
Ayam (potong kecik2)
6biji Cendawan Shitake
(basuh bersih dan rendam)
1senduk Sos Tiram
6 senduk Kicap Manis
1 Kiub Pati Ayam
4ulas Bwg.Putih
Halia (saiz ibujari)
5tangkai Cili Kering

Tumis bahan2:
bawang putih (tumbuk kasar)
Halia (tumbuk kasar)
CiliKering (gunting panjang2)

Dah naik bau masuk kicap manis,
Sos tiram dan masuk air rendaman cendawan shitake

Kemudian masuk ayam (masak sampai mendidih guna api kecik) dah mendidih masuk 1kiub pati ayam.

Masuk cendawan shitake yang dah lembut (rendam cendawan sehingga lembut@kembang air rendaman jgn buang boleh buat stok kuah)

Masuk tepung jangung yg dah bancuh dengan air, Kacau kuah sampai jadi pekat, kalau rasa tak cukup air lagi boleh tambah, dah masak boleh tutup api.


Cara penyediaam Sizzling Yee Mee:
Panaskan periuk kecik, masuk 1gulung yee mee pastu tuang kuah tadi ikut banyak mana nak dan tambah sedikit air (kalau kuah pekat sangat).
Pastu masuk sayur dan telur (kalau suka)
Buka api kuat sampai kuah mendidih, boleh tuang ke pinggan, pastu follow jek step ni balik buat la utk bpe orang nak makan...

Sotong Celup Tepung Crispy!

Disebabkan PKP dilanjutkan lagi 2 minggu, so hari ni aku nak share resepi sotong celup tepung dan sos manis pedas ala thai, yang korang boleh cuba masa PKP ni dan sesuai untuk buat snek minum petang bersama suami dan anak2 kat rumah tu..




SOTONG CELUP TEPUNG

Bahan2:

3 Ekor sotong basah saiz 'L'
1 biji telur ayam
1 s/b tepung jagung
3 s/b tepung gandum
2 s/b fresh milk (optional)



Cara2:

Sotong cuci bersih dan dipotong ikut gaya sendiri (aku buat bentuk ring jek).

Satukan semuanya dalam satu bekas dan gaul2 sekata..kalau rasa cair sangat bancuhan tepung tu korang boleh tambah lagi tepung ikut citarasa masing2.

Panaskan minyak (makesure minyak banyak) sebelum mengoreng pastikan minyak betul2 panas, dan goreng dengan api yang agak besar (untuk mempercepatkan proses mengoreng) kalau lama sangat goreng takut sotong korang jadi liat macam tayar kereta!ahahaha.

Agak warna dah bertukar keperang2gan boleh la korang angkat sotong tu better alas tisu (untuk tapis minyak).

Ok boleh hidangkan di atas pinggan.... jom kita buat sos cicah pulak!





SOS MANIS PEDAS ALA THAI


Bahan2:

2 biji cili besar/ cabai masak (merah)*
3 ke 4 biji cili padi (ikut tahap pedas)*
3 ulas bawang putih*
2 biji bawang kecil*
gula (agak2)*
1/2 cawan air*
4 s/b cuka* 
1 s/b tepung jagung



Cara2:

Kisar semua bahan yang bertanda * sehingga hancur, kemudian masak di atas dapur menggunakan api sederhana sehingga mendidih, bancuh tepung gandum dengan sediki air sebelum tuang ke dalam sos yang telah masak, kemudian tutup api, biarkan sos sejuk

Sos da sejuk boleh alihkan simpan ke dalam balang kaca atau apa2 bekas yang korang ada, pastu boleh simpan dalam peti sejuk.

Korang boleh cicah sos ni dengan sotong celup tepung, cucur udang atau apa2 saja! Selamat mencuba... =)



Jaga diri jaga kesihatan amalkan pemakanan yang bersih dan sihat, semoga diampunkan segala dosa kita semua dilindungi dan dirahmati Allah S.W.T

#stayathome
#kitajagakita
#keeppositive


Weekend Holiday in Taiping




Hari ni aku nak share antara salah satu tempat percutian dekat taiping yang korang wajib pergi dekat taiping. Tempat ni memang sesuai untuk santai2 bersama keluarga pada hujung minggu, kawasan sangat lah tenang dan belatarkan pemandangan bukit larut @ maxwell hill yang sangat cantik....



ni view waktu petang...belakang tu lah Bukit Larut!


Bilik dekat sini ada banyak jenis korang boleh pilih nak view swimmingpool (tengah2) dan family room (2tingkat) tapi mana2 pun ok jek bagi aku, yang penting persekitaran bersih dan nyaman...


dekat sini korang boleh la survey2 harga dulu...


Harga sangat berpatutan lagi untung untuk korang yang berkerja sektor goverment sebab rate dia lain sikit! mungkin lebih murah la, sebab aku dan suami memang berkerja di sektor swasta jadi harga kami ikut dalam  pamphlet ni.


puas la mandi kolam besar orang plak tak ramai...

Waktu aku checkin dekat sini memang tak ramai orang ada pun dalam 3family, sebab bukan musim cuti sekolah, jadi lebih selesa la anak2 nak mandi kolam...



sakan la budak 2ketui ni mandi!!


Dekat bahagian kolam kanak2 ada diletakan 'mini playground' jadi anak2 lebih teruja la nak mandi dekat sini.... korang mak2 yang tak suka mandi kolam tu boleh la santai2 dekat cafe sebelah kolam ni sambil tu boleh juga tengok anak2 mandi kolam.


so aku pantau dari sini jela...sambil2 minum coffee...ehehehe


Di cafe ni korang wajib cuba menu2 dekat sini! sebab aku dah cuba...makanan dekat sini sangat2 la sedap dan berpuas hati ok! paling aku suka sekali cucur ikan bilis, sedap sangat cicah dengan sos pedas2 manis tu...ya allah sampai sekarang duk teringat lagi nihh!ahahahaha (nasib jauh kalau dekat dah buat delivery tau). Mee kari pun sedap sangat! harga dekat sini sangat berpatutan dan berbaloi dengan portion makanan yang banyak dan rasa sedap puas hati.


Dak tecik tengah layan milo ais kaw!!!


Aktivi waktu malam tak ada apa sangat sebab swimmingpool pun dah tutup jadi lebih santai2 dekat balkoni luar bilik dengan anak2. Kalau yang datang untuk family day korang boleh la plan buat BBQ dengan pihak resort kat sini.
View malam ni berhadapan dengan 'Hotel Grand Baron'



Masak Simple2 pun Sedap!!!!


         Haii korang! hari ni aku nak kongsi dengan korang semua resepi 'siakap masak asam' resepi ni mudah sangat! kalau makan dengan nasi panas2 confirm bertambah2!

Selain ikan siakap kalau korang boleh tukar ikan lain pun boleh, ikut citarasa masing2 yee!
ok jom kite masak!





Bahan2:

Ikan siakap 
1 Biji tomato
1 Batang serai
*Bawang putih
*Bawang merah
Cili padi
1 Mangkuk air asam jawa


Cara2:

- Kisar bahan2 yang bertanda * terlebih dahulu (kalau masak banyak lebihkan bawang lagi sedap)

- Ikan siakap juga perlu digoreng terlebih dahulu bersama kunyit dan garam (macam goreng ikan biasa)



Tumis bahan2 yang telah dikisar tadi bersama 1 batang serai yang telah diketuk, tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.

Kemudian masukkan air asam jawa agak2 korang la nak berkuah banyak atau sikit, perlahakan api masukkan sedikit garam dan gula.

Kuah dah mendidih boleh masukkan tomato yang telah dibelah 4 bersama cili padi dan akhir sekali korang boleh masukkan ikan siakap yang telah digoreng tadi dan tutup api...

Kalau rasa nak tabur sedikit daun sup ke daun bawang pun boleh...
okehh dah siap resepi 'siakap masak asam' selamat mencuba!!!







Holiday Penang Lagi!!!!

Hai korang!

Malam ni mood aku rajin skit nak menaip! jadi aku nak share dengan korang 'Short Vacation' aku dan family dekat penang october tahun lepas!

Penang ni memang tempat favourite family aku sebab kampung abah memang dekat sana, dan taiping nak ke penang ambil masa lebih kurang 45minit jek, memang dekat dan tak cemuih (cakap utara) kalau duduk dalam kereta...ahahahaha

Tempat yang best dekat penang ni banyak, tapi paling best yang family aku suka kalau pergi batu ferringhi...checkin hotel dekat area sana memang best! Antara favourite hotel 'Golden Sands Resort By Shangri-La'.

Tapi kali ni aku nak share 'Lone Pine Hotel' hotel ni bersebelahan sahaja dengan Golden Sands,
Ini first time aku checkin dekat sini. Sebelum ni just tengok2 dari luar jek.. kalau tengok dari luar memang nampak tempat high class (tak berani nak masuk) ahahahaha! tapi rezeki aku lah time tu tengah survey2 hotel dekat agoda hotel ni ade diskaun 70%...wowwww! So aku pun terus booking deluxe room dengan harga sangat berbaloi untuk 1 bilik 300++ sekali dengan breakfast untuk 2 orang. 

ni gambar anak2 tak sabar nak mandi dalam jakuzi, lepas mandi kolam sambung dalam bilik pulak!!!
layankan ajerrr....


Untuk korang yang baru berkahwin atau nak berbulan madu dengan pasangan, boleh cuba checkin dekat sini sebab tempat ni sangat romantik dan privacy! so aku pun feelings2 la honeymoon dengan suami + anak2...ahahahaha


enjoy anak2 mandi kolam, kebetulan time kiteorng checkin ni memang tak ramai orang

kalau korang nak dapat bilik murah macam aku, better korang rajin2 la survey dekat agoda tu
sebab harga dekat agoda sangat murah dan senang nak dapat voucher diskaun tau! makesure pilih date yang tak ramai orang, kalau ramai orang sangat pun tak best! aku suka pergi bercuti bukan time cuti umum, lagi pun anak2 belum bersekolah masa ni.. jadi senang nak bawak dorang pergi bercuti.


aku pun acah2 model la satt!!!ahahahaha

Dekat belakang aku tu 'Banglow Cafe' sarapan pagi dekat sana, cantik sangat design2 dalam kawasan hotel ni, tenang jek rasa...

Dak tecik tu sarapan ala2 mat salleh sangattt!!!!

Pilihan makanan untuk sarapan pagi banyak juga, buffet more to english breakfast la sebab sini ramai 'Mat Salleh' tapi jangan risau nasi lemak roti canai pun hadoo!!! 


Bilik air pun cantik dan besar!! cermin siap ade lampu...(jadi jakun satt!!) tengok la dak tecik tu pun sibuk nak bersiap depan cermin...

Sebenarnya banyak lagi kawasan2 cantik dalam kawasan hotel ni, tapi aku tak sempat la nak ambil gambar sebab busy dengan anak2, so aku share yang mana sempat jela..







!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...