Yeaaa!! dah boleh balik kampung (PKPP)




Tarikh keramat 10hb june 2020 bila PM umum semua rakyat dah boleh merentas negeri!!!yaaahooooo punya lah excited masing2 macam cacing baru keluar tahan...ahahaha (sampai tak tau la nak pii kemana dulu!)

Jadi aku pilih untuk pulang ke desa bertemu mak abah dan adik2 kat kampung...ehehehee.. (nak2 plak tengah musim durian)

Teruja la jugak time tu..sebab dah lama sangat tak keluar, dapat jalan atas highway tengok pemandangan bukit bukau, pokok2 tepi jalan pun dah happy giler. Terima kasih PM sebab memahami perasaan anak perantauan mcam kami ni... =)

Perjalanan aku suami dan anak2 bermula pada jumaat tengahari lepas, nasib la jalan tak jam baq hang! mula2 expectation kami confirm jalan jam giler sebab ramai yang akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga buat kali ke2. Alhamdullillah...walaupun banyak kereta tapi perjalanan masih lagi lancar, cuma hujan dan angin agak kuat sepanjang perjalanan kami.



Budak tecik tu teruja nak balik jumpa tokwan dia!ahahahaha





Macam biasa singgah rnr rawang tapau ayaq mahai ni sat buat modal basah tekak atas highway. Disebabkan kerajaan saran untuk bawak bekalan makan sendiri sebab rnr tidak dibuka sepenuhnya, jadi kami tapau siap2 makanan, berhenti makan dalam kereta jela.

Perjalanan kami lebih kuran 4jam lebih (kajang - Taiping)
selamat sampai rumah..langkah kanan balik kampung rezeki mak masak pulut durian!!yiiihuuuuu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...