Sarapan Pagi Sedap untuk Anak-anak.


Semalam aku cuba buat satu lagi resepi viral 'Cheezy Corndog'. Sedap sangat! Makan 2biji pun dah rasa kenyang tau.

Menu ni sesuai buat sarapan pagi untuk anak2, dan kalau anak2 nak bawak bekal pergi sekolah pun boleh!


Bahan-bahan :
4pcs Cheese
4pcs Sosej
1cup Susu full cream
1 1/2cup Tepung gandum
1biji Telur
1sk Baking powder
1sk brown sugar
Sedikit serbuk lada hitam



Cara-cara:
Bahagi sosej kepada dua bahagian (aku buat yang mini jek sesuai untuk anak2 kecil nak makan)

Cheese pun sama bahagi 2, ikut macam dalam pic ni.

Nak gulung cheese dengan sosej tu agak sukar! Jadi korang guling2 dulu sosej dalam tepung kemudian gulung/balut sosej dengan cheese.

Dah siap, freeze kan dulu dalam 20mnt.



Now aku nak tunjukkan cara2 buat bancuhan untuk menggoreng sosej nanti.

Campurkan tepung, baking powder, brown sugar, susu, telur dan lada hitam kedalam satu mangkuk. Kemudian kacau sebati.

Selepas 20mnt boleh keluarkan sosej dan mula menggoreng. Pastikan minyak cukup untuk menggoreng, dan betul2 panas.

Kat rumah aku takde lidi, jadi aku goreng macam goreng pisang jek.



Ini hasil yang berjaya aku buat. Untuk dapat hasil yang cantik minyak kena cukup. Dan masa goreng kena sentiasa alih2kan dengan cepat2.

Jangan goreng terlalu lama sebab cheese akan keluar dan meletop2.



Sesuai untuk Minum Petang Bersama Keluarga.


Hai korang!

Hari ni 1st time aku buat tauhu bergedil viral! Boleh tahan juga la rasa, tapi makan sebiji dua pun aku dah kenyang. Sebab terlalu padat dengan kentang dan isi ayam.

Sesuai juga untuk korang yang nak buat menu diet, insyaallah boleh kenyang tanpa nasi! Ahahaha.

Bahan-bahan :

Isi ayam (agak2 korang jela)
1pek (18biji) Tauhu kering
5biji Kentang
3biji Telur
1batang Lobak merah
 Daun bawang/Daun sup

Cara-cara :


Gunting tauhu kering pada 2bahagian, kemudian keluarkan isi tauhu dan asingkan.

Goreng kentang dan asingkan. Kemudian goreng ayam menggunakan nonstick pan, goreng tanpa minyak (aku titiskan minyak bijan sikit untuk bau yang harum) boleh letak air sikit, goreng sampai air kering.

Alihkan isi ayam yang dah dimasak ke dalam bekas lain gaul bersama isi tauhu, biar sejuk. Kemuadian campur kentang yang dah digoreng tadi bersama isi ayam dah tauhu, dan lenyak sampai kentang hancur.



Masuk lobak merah dan daun bawang yang telah dicincang halus ke dalam bahan tadi. Letak sedikit garam dan perasa tambahan.
Akhir sekali pecahkan 1biji telur.



Gaul sebati dan mula menyumbat isi bergedil ke dalam tauhu kering yang dah digunting tadi. Dah siap! Biar seketika di dalam peti sejuk. (aku biar semalaman, buat malam esok baru aku goreng)




Pecahkan 2biji telur dan letak sedikit tepung jagung kacau sebati, celup tauhu bergedil tadi dan goreng mengunakan api serdahana. (pastikan minyak betul2 panas baru goreng).



Dah siap hidangkan bersama sambal kicap power @ cili padi! Sesuai untuk minum petang pada hari cuti bersama keluarga❤.

Kali ke2 Masak Siakap 3 Rasa.


Assalammualaikum,

Hari ni aku nak up beberapa resepi yang baru sempat tulis. Korang yang ketandusan idea nak masak ape hari2 tu, rajin2 la jenguk blog ni ye! Ehehehehe. Insyaallah banyak lagi resepi2 yang akan aku share kat korang semua.

Hari ni aku masak siakap 3rasa buat kali ke 2 seumur hidup aku! Ahahaha. Tu pun sebab mak mentua yang request! (nebes kau tau takut rasa tak sama macam 1st aku masak dulu2) almaklum la aku ni tiap kali nak masak, tiap kali tula baru nak buat research pasal resepi2 bagai. Ahahaha.

Kalau lauk yang selalu masak pejam mata jek siap! Tapi kalau lauk yang jarang masak ni nak kena study lebih skit la, takut silap step tong sampah juga die pergi. Kihkihkikih.

Siakap 3Rasa.

Bahan-bahan :

Ikan siakap
Kunyit serbuk
Tepung jagung

Bawang besar (cincang)
Bawang putih (cincang)
Cili kering (yang dah di blend)
Serai (katuk)

Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Nenas (potong dadu)
lada benggala (potong dadu)

Cara-cara :

Lumurkan kunyit serbuk dan sedikit garam pada ikan siakap. (kunyit pun xperlu banyak just light2 jek) kemudian biar seketika. Panaskan minyak, kembali lumur ikan siakap tadi bersama tepung jagung pula (tepung jagung buat ikan jadi lebih ranggup)



Minyak dah panas boleh mula menggoreng! Untuk jimatkan minyak semasa menggoreng aku bahagikan ikan kepada 2bahagian.




Selesai goreng ikan letak tepi! Jom buat sos 3rasa pula. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai. Kemudian masukkan cili kering yang dah di blend, ikut tahap kepedasan korang. Tumis sampai pecah minyak.





Masukkan sos tiram 1 ke 2 sb, diikuti dengan tomato sos dan cili sos. Kemudian tambahankan sedikit air bagi berkuah sedikit. Kacau sebati, kalau xcukup manis boleh tambah sedikit gula. Dah mendidih akhir sekali masukan nenas dah lada benggala, biar kejap dan terus tutup api.




Kalau korang nak terus letak ikan dalam sos 3rasa tu pun boleh! Kalau cara aku nak makan baru aku simbah sos 3rasa atas ikan tu nanti.



Alhamdullillah berjaya! Ehehehe. Next aku nak buat 'Siakap Stim Limau' ala thai. Tungguu......

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...