Kali ke2 Masak Siakap 3 Rasa.


Assalammualaikum,

Hari ni aku nak up beberapa resepi yang baru sempat tulis. Korang yang ketandusan idea nak masak ape hari2 tu, rajin2 la jenguk blog ni ye! Ehehehehe. Insyaallah banyak lagi resepi2 yang akan aku share kat korang semua.

Hari ni aku masak siakap 3rasa buat kali ke 2 seumur hidup aku! Ahahaha. Tu pun sebab mak mentua yang request! (nebes kau tau takut rasa tak sama macam 1st aku masak dulu2) almaklum la aku ni tiap kali nak masak, tiap kali tula baru nak buat research pasal resepi2 bagai. Ahahaha.

Kalau lauk yang selalu masak pejam mata jek siap! Tapi kalau lauk yang jarang masak ni nak kena study lebih skit la, takut silap step tong sampah juga die pergi. Kihkihkikih.

Siakap 3Rasa.

Bahan-bahan :

Ikan siakap
Kunyit serbuk
Tepung jagung

Bawang besar (cincang)
Bawang putih (cincang)
Cili kering (yang dah di blend)
Serai (katuk)

Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Nenas (potong dadu)
lada benggala (potong dadu)

Cara-cara :

Lumurkan kunyit serbuk dan sedikit garam pada ikan siakap. (kunyit pun xperlu banyak just light2 jek) kemudian biar seketika. Panaskan minyak, kembali lumur ikan siakap tadi bersama tepung jagung pula (tepung jagung buat ikan jadi lebih ranggup)



Minyak dah panas boleh mula menggoreng! Untuk jimatkan minyak semasa menggoreng aku bahagikan ikan kepada 2bahagian.




Selesai goreng ikan letak tepi! Jom buat sos 3rasa pula. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai. Kemudian masukkan cili kering yang dah di blend, ikut tahap kepedasan korang. Tumis sampai pecah minyak.





Masukkan sos tiram 1 ke 2 sb, diikuti dengan tomato sos dan cili sos. Kemudian tambahankan sedikit air bagi berkuah sedikit. Kacau sebati, kalau xcukup manis boleh tambah sedikit gula. Dah mendidih akhir sekali masukan nenas dah lada benggala, biar kejap dan terus tutup api.




Kalau korang nak terus letak ikan dalam sos 3rasa tu pun boleh! Kalau cara aku nak makan baru aku simbah sos 3rasa atas ikan tu nanti.



Alhamdullillah berjaya! Ehehehe. Next aku nak buat 'Siakap Stim Limau' ala thai. Tungguu......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...