Holiday Penang Lagi!!!!

Hai korang!

Malam ni mood aku rajin skit nak menaip! jadi aku nak share dengan korang 'Short Vacation' aku dan family dekat penang october tahun lepas!

Penang ni memang tempat favourite family aku sebab kampung abah memang dekat sana, dan taiping nak ke penang ambil masa lebih kurang 45minit jek, memang dekat dan tak cemuih (cakap utara) kalau duduk dalam kereta...ahahahaha

Tempat yang best dekat penang ni banyak, tapi paling best yang family aku suka kalau pergi batu ferringhi...checkin hotel dekat area sana memang best! Antara favourite hotel 'Golden Sands Resort By Shangri-La'.

Tapi kali ni aku nak share 'Lone Pine Hotel' hotel ni bersebelahan sahaja dengan Golden Sands,
Ini first time aku checkin dekat sini. Sebelum ni just tengok2 dari luar jek.. kalau tengok dari luar memang nampak tempat high class (tak berani nak masuk) ahahahaha! tapi rezeki aku lah time tu tengah survey2 hotel dekat agoda hotel ni ade diskaun 70%...wowwww! So aku pun terus booking deluxe room dengan harga sangat berbaloi untuk 1 bilik 300++ sekali dengan breakfast untuk 2 orang. 

ni gambar anak2 tak sabar nak mandi dalam jakuzi, lepas mandi kolam sambung dalam bilik pulak!!!
layankan ajerrr....


Untuk korang yang baru berkahwin atau nak berbulan madu dengan pasangan, boleh cuba checkin dekat sini sebab tempat ni sangat romantik dan privacy! so aku pun feelings2 la honeymoon dengan suami + anak2...ahahahaha


enjoy anak2 mandi kolam, kebetulan time kiteorng checkin ni memang tak ramai orang

kalau korang nak dapat bilik murah macam aku, better korang rajin2 la survey dekat agoda tu
sebab harga dekat agoda sangat murah dan senang nak dapat voucher diskaun tau! makesure pilih date yang tak ramai orang, kalau ramai orang sangat pun tak best! aku suka pergi bercuti bukan time cuti umum, lagi pun anak2 belum bersekolah masa ni.. jadi senang nak bawak dorang pergi bercuti.


aku pun acah2 model la satt!!!ahahahaha

Dekat belakang aku tu 'Banglow Cafe' sarapan pagi dekat sana, cantik sangat design2 dalam kawasan hotel ni, tenang jek rasa...

Dak tecik tu sarapan ala2 mat salleh sangattt!!!!

Pilihan makanan untuk sarapan pagi banyak juga, buffet more to english breakfast la sebab sini ramai 'Mat Salleh' tapi jangan risau nasi lemak roti canai pun hadoo!!! 


Bilik air pun cantik dan besar!! cermin siap ade lampu...(jadi jakun satt!!) tengok la dak tecik tu pun sibuk nak bersiap depan cermin...

Sebenarnya banyak lagi kawasan2 cantik dalam kawasan hotel ni, tapi aku tak sempat la nak ambil gambar sebab busy dengan anak2, so aku share yang mana sempat jela..







Mee Sanggul Untuk Sarapan Pagi...

Hai,


Hari ni aku nak share menu simple berasaskan mee tapi bukan mee kuning biasa tu! nama mee ni 'mee sanggul' mee ni rasa memang tak sama dengan mee kuning biasa tu, pada aku mee sanggul ni lagi sedap dan tak ada rasa kapur macam sesetengah mee kuning kat luar sana. 

Cara masak mee sanggul ni senang jek, bahan2 pun lebih kurang sama jek macam korang goreng mee kuning biasa tu, ikut la citarasa masing2 nak masak macam mana pun. tapi hari ni aku akan share resepi cara aku masak mee sanggul ni....stay tune!


aku masak ni boleh 2orang sekali makan


Bahan2:

4 ketul mee sanggul
8 ekor udang saiz L
Sayur sawi
Lobak merah@karot
5 sudu besar cili kering (yang telah dikisar)
1 biji besar bawang merah & 3 ulas bawang putih (yang telah dikisar)
Sos Tiram
Kicap Manis


Cara2:

Rendam terlebih dahulu mee kuning mengunakan air biasa lebih kurang 5minit macam tula...
kemudian panaskan minyak untuk menumis bahan2 yang telah dikisar tadi, tumis bawang yang telah dikisar sehingga sedikit garing kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar, tumis sehingga pecah minyak mengunakan api perlahan.

masukkan sedikit sos tiram dah kicap (korang agak2 jela) garam@perasa tambahan ikut la kalau korang nak masuk, kalau tak nak tak payah sebab sos tiram dah kicap tadi pun dah cukup rasa!
pastu korang boleh terus masukkan lobak merah terlebih dahulu, kemudian masukkan udang, udang dah bertukar warna boleh masukkan mee dan sayur sawi tadi, kacau sehingga sebakti, dah siap!!!




Yang mana tak tahu rupa mee sanggul tu macam mana, boleh tengok gambar ni...ini lah rupa mee sanggul yang aku beli hari tu, actually yang ni aku beli dekat pasar pagi kamunting orang melayu yang jual (produk muslim), dekat tesco pun ada jual tapi lain brand la..






Wantan Goreng Berinti Ayam Sedap Untuk Minum Petang!!!

Assalammualaikum,

Hai korang, malam ni aku nak share satu resepi yang sesuai buat untuk minum petang atau snek korang time tengah malam untuk layan movie!!!ahahaha

wantan goreng cara mudah dan sedap stay tune gaisss!!!


Bahan2:

Untuk inti wantan
Isi ayam yang telah di cincang 
(nak guna daging/udang pun boleh)
Lobak merah@Karot
Daun sup@Daun bawang
Bawang besar dan bawang putih

Ini rupe yang telah di cincang

Cara2:
Tumis semua bahan2 yang telah dicincang tadi dalam satu kuali, aku tumis dengan minyak bijan dalam 3 ke 4 titik

Kalau takde minyak bijan korang guna lah minyak masak biasa pun boleh tapi jangan banyak sangat ok nanti berminyak inti korang!

Tumis selama 3minit macam tu agak2 jek tak perlu risau takut inti tak masak, sebab kejap lagi nak mengoreng pulak ye...

Masukkan perasa tambahan, aku just tambah sos tiram dan maggie cukup rasa sahaja...kalau korang nak tambah bahan lain pun boleh ikut cita rasa sendiri...

Agak2 dah ok terus tutup api dah biar inti sejuk! Now korang boleh standby kulit wantan dulu....



Kulit wantan ni aku beli dekat tesco dia ade dua jenis bulat dan petak, so kali ni aku nak cuba yang bulat pulak. Kulit wantan yang aku beli ni memang senang sangat nak leraikan tak melekat dah tak mudah terkoyak....

Korang just leraikan kulit tu satu persatu susun dalam talam lagi senang
Sebab nanti akan memudahkan proses nak membalut wantan.



Ok ini rupa yang telah dibalut...
Nak balut wantan ni senang jek ikut suka korang la nak balut macam mana rupa sekali pun...kalau korang google banyak contoh2 cara2 membalut wantan ni..so korang boleh balajar dari sana...sebab aku pun belajar dalam google cara membalut ni..

Kalau korang perasan 3biji yang depan tu bentuk lain sikit, sebab tu 1st trial aku balut
So yang belakang2 tu rupa selepas aku dapat ilham!ahahahaha
   
Take note ye! Initi wantan tu jangan over dose sangat letak agak2 jek, kalau terlebih sangat nak balut susah.. Korang just letak air jek dekat bahagian kulit tu dah boleh melekat tak perlu guna telur atau sebagainya..


Ok dah siap!! Goreng pun jangan lama2 sangat, gunakan api kecil jek agak2 dah bertukar warna boleh angkat... Disebabkan aku sorang jek nak makan wantan ni jadi aku goreng sikit jek, selebihnya aku frozenkan untuk hari2 lain!ehehehe

Disebabkan aku tak rajin sangat so aku makan dengan cili sos jek!ahahah
Kalau korang rajin boleh buat cili ala thai tu mungkin lagi sedap cicah, ok sekian sampai disini sahaja.. Kalau aku ada masa lagi! Aku akan update resepi2 lain pulak ye!!!Byeeee❤




!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...