Favourite Suami

Sape2 yang suka makan pedas tu..mehh!! aku nak kongsi resepi kentang sambal power meletop ni!! aku dengan laki aku memang jenis suka makan pedas2 ni...kalau tak pedas macam tak boleh nak telan nasi tu...ehehehehe

Bahan :

10tangkai cili padi (aku suka guna cili padi kampung)
1biji bawang besar
5biji ubi kentang
1gengam ikan bilis (aku guna ikan bilis yang halus2 tu)


cara2 :




                          Blend cili padi bersama bawang besar..lepas da blen korang letak tepi dulu.




Kemudian kupas ubi kentang dan potong mengikut gaya korang sendiri...kalau ikut cara aku ni...aku belah 4bahagian dulu..lepas tu aku potong kecik2 tebal2, da siap potong korang basuh kejap kentang   tu...pastu lumur ubi kentang dengan kunyit dan garam skit, pastu goreng!! aku suka kentang yang       garing...so aku goreng lama skit.




Da selesai mengoreng kentang, korang goreng plak ikan bilis...aku memang suka ikan bilis yang kecik2 macam ni senang nak masak..lagi pun ikan bilis ni lagi sedap. Untuk ibu2 mengandung elok makan ikan bilis kecik ni tinggi protien tau!!! ok da siap goreng angkat letak tepi.




Dengan mengunankan minyak yang sama...korang tumis bahan yang da blend tadi, tumis sampai pecah minyak mengunakan api yang sederhana...da pecah minyak baru la korang masuk kan perasa tambahan seperti...gula garam dan pak aji skit (kalau tak suka pak aji boleh letak 1sb sos tiram). sambil2 tu korang rasa la sambal tu..kot2 ade bahan yang terkurang nak kena tambah. Agak sambal da cukup masak tu, korang masukan kentang dan ikan bilis tadi gaul bagi sebati dengan sambal tu..lepas tu boleh la tutup api.




Ini lah hasil kentang sambal power meletoppp aku =) kalau yang da bosan makan nasi tu korang boleh cuba makan dengan roti buat macam sandwich! sedap tau!!





Nasi Goreng Fav Abang Ammar!

Kadang2 aku jadi buntu nak masak ape untuk si ammar...hari2 makan nasi berlauk bosan jugak kan...jadi kebetulan ade nasi lebihan semalam yang tak habis, tengok dalam peti sejuk ade plak balance sambal tumis yang aku buat frozen 3hari lepas. haa...dalam kepala otak datang la idea nak buat nasi goreng untuk ammar!!!ahahahaha.

Nasi goreng ni simple jek..kalau korang da ade sambal frozen dalam peti sejuk lagi mudah kerja korang.Meh aku nak ajar buat sambal frozen dulu..

Bahan :

Cili kering (pakai cili yang tak pedas, untuk anak2)
Bawang besar
Belacan (rasa sambal lebih sedap)

Cara-cara :

Korang rebus atau rendam cili kering tu ke dalam air panas sampai cili tu lembut, sementara tunggu cili tu lembut..korang kupas bawang besar (bawang ni agak2 korang nak banyak mana..lagi banyak lagi sedap sambal tu nanti) lepas kupas tu korang belah 4 bahagian dan korang blend bersama sedikit belacan. Lepas cili dah lembut korang blend plak cili kering tu.. (kalau nak blend sekali dengan bawang pun boleh, tapi kalau asingkan lagi sedap).

Bila semua da siap blend korang da boleh start menumis sambal, panaskan minyak dalam kuali terlebih dahulu..agak2 da panas tu korang masuk kan bawang besar yang telah di blend tadi...tumis sampai naik bau dan warna bertukar jadi perang2 skit..jangan sampai hangus pulak! kemudian korang masukan cili blend tadi..mengunakan api yang sederhana..tumis sampai pecah minyak =)

Lepas sambal pecah minyak jek korang boleh tutup api, biarkan sambal tu sejuk di dalam kuali atau angkat sambal tu senduk ke dalam mangkuk (jangan pakai mangkuk atau pinggan plastik) lepas sambal da sejuk, baru la korang masuk kan ke dalam tapeware untuk di frozen =). Sambal ni bukan takat boleh buat nasi goreng jek, kalau korang nak masak sambal kentang ke sambal tempe ke..pun boleh guna tau!!

Da habis cerita sambal frozen..jom kite buat nasi goreng pulak!
(selain nasi goreng korang boleh buat sambal lain juga cth: telur, sotong, udang, ikan bilis dan lain2)

Bahan :

2cawan nasi
4sb sambal merah (kalau nak kurang pun boleh)
2biji telur

Cara-cara :

Panaskan minyak di dalam kuali terlebih dahulu....masuk kan sambal (guna api kecil takut sambal hangus) korang tak payah tumis lama2 sebab sambal tu da masak, masukan garam dan gula mengikut cita rasa korang....kemudian pecahkan telur ke dalam sambal tadi...masa ni korang boleh besarkan api skit..kacau telur tu bagi garing skit, masukan nasi dan kacau sampai nasi tu bertukar jadi warna merah..kalau aku suka nasi garing2 so aku goreng lama skit..agak2 semua da sebati, nasi pun da bertukar warna..korang tutup api dan hidangkan ke dalam pingan..huhuhuhuhuu





Tengok ammar makan licin!!! so nasi goreng merah telah berjaya pikat selera anak mummy hari ni!!!
     (cili yang aku beli ni pedas, jadi aku letak kicap lemak manis skit dalam nasi goreng ammar)










Pertamakali Menjadi Ibu.

Anak pertama aku Muhammad Ammar Bin Muhammad Hazizul, nama Ammar tu sebenarnya da lama aku mengidam masa zaman aku belum kawen lagi..ehehehe aku ambil nama tu sempena nama arwah Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar malaysia yang telah meninggal dan di kebumikan di Turki. Bila baca kisah sepanjang hidup arwah ni hati aku rasa sayup sangat dan masa yang sama timbul rasa bangga dengan arwah mengenai sikap dan peribadi arwah yang sangat baik dan mulia. Sejak tu aku pun simpan niat untuk menamakan anak lelaki aku dengan nama Ammar, insya allah semoga anak aku dapat mengikut jejak langkah arwah suatu hari nanti...amin =).

Aku lahirkan ammar pada 12 feb 2015, jam 11:07pm di HUKM, secara czer.. saat paling bahagia bila bergelar ibu waktu pertama kali aku mendegar tangisan ammar.. ya alalh tibe2 hati aku jadi sebak dan aku pun turut menagis.. bila Nurse bawak Ammar datang dekat aku... aku tengok Ammar diam jek pandang aku.. ya allah lagi sekali perasaan tu datang tak tahu nak huraikan macam mana tapi sangat2 menyentuh hati aku bila pertama kali melihat bayi yang aku kandungkan selama 9 bulan ade depan mata...memang  tak sabar nak peluk cium...huhuhuhu.

Bile keluar dari bilik operation tu jek tengok husband, mak mentua dan kakak aku ade menuggu dekat luar.. dorang pun tak sabar2 nak tengok baby Ammar =) aku berpantang di rumah mentua selama 1minggu... dan selebihnya aku sambung balik berpantang dekat taiping, sebab orang2 taiping da tak sabar nak jumpa baby Ammar!!!ehehehehe.

Masa tempoh berpantang tu memang banyak jugak cabaran menguji mental dan fizikal..ahahahah ingatkan cabaran masa mengandung jek, lepas bersalin pun ade lagi banyak cabaran...lagi2 time aku kena bengkak susu, ya allah punya la sakit kesian baby Ammar tak dapat susu, husband aku terpaksa beli susu fomula jugak nak bagi ammar kenyang.
allhamdullillah aku dapat suami yang bertimbang rasa...dalam masa tempoh berpantang banyak bantuan dari suami..kadang2 kesian tengok suami tak cukup tidur sebab nak jaga aku dengan ammar =).

Tapi dapat manja2 sekejap jela dengan suami, lepas die hantar aku balik berpantang di taiping.. die pun balik semula ke kajang sebab kena keja, time kena tinggal tu rase sebak jugak la.. sebab selama kitorang berkahwin memang tak pernah lagi berjauhan, lagi bertambah sebak sebab nak kena handle anak sorang2...huhuhuhuu family aku pun ade bantu jugak..tapi bile time malam semua orang tidur tak sedar diri, aku sorang jela yang melayan karenah Ammar... betul la kata orang setelah begelar ibu ni tidur pun tak pernah cukup!!!huhuhuhuu Ammar setiap 2jam bangun nak menyusu... memang mata panda la aku jawabnya.

Allahamdulliah Ammar sekarang da 1tahun 10bulan, lagi 2bulan nak masuk 2tahun, semoga anak mummy membesar dengan sihat dan bijak!!! mummy dengan daddy sayang Ammar ketat2!!!muahhhhsssss!!!




First Time Buat

Sape penah makan spagheti aglio olio ? selalu spagheti ni orang masak dengan seafood kan.. macam udang, kupang, dan sotong tu yang biasa kite tengok la kan?
tapi di sebabkan dekat dalam peti sejuk aku tak ade seafood, yang ade cuma ayam jek..tekak aku plak teringin sangat nak makan aglio olio terpaksa aku turut kan jugak!ehehehehe

So ape lagi mula la selongkar peti sejuk, almari dapur semua cari bahan2 nak masak... walaupun tak pernah buat spagheti aglio ni aku cuba jugak buat.. dengan mengunakan bahan yang sedia ade sahaja, mengikut cara aku sendiri!ahahahaha sedap tak sedap belakang citer la, yang penting aku cuba dulu!!huhuhuhu

cik suami memang tak berapa pandai makan spagheti2 ni so aku masak untuk aku sorang jela..ehehehe


Chiken Aglio Olio

Bahan :


1keping dada ayam
4biji bawang putih (kalau tak suka boleh kurangkan lagi)
2sb butter (aku pakai butter untuk lebih rasa lemak)
5tangkai cili kering (aku suka pedas)
2sb cili flakes (aku guna cili flakes dominos)
1gemgam spagheti (aku masak untuk 2x makan)



cara2 nya korang panas kan periuk yang berisi air untuk rebus spagheti terlebih dahulu..kemudian sediakan bahan2 untuk menumis.
Potong dada ayam bentuk dadu atau hiris nipis memanjang, cincang bawang putih..cili kering tu korang gunting serung2, ok bila air da mendidih tadi korang masukan spagheti..jangan rebus sampai kembang, bagi separuh masak sebab kejap lagi kite nak mengoreng spagheti tu lagi.

Bila spagheti da separuh masak korang toskan dulu..letak tepi, sediakan kuali panaskan butter di dalam kuali dulu..agak2 da panas masukan bawang putih tumis sampai naik bau jangan sampai hangus!! masuk kan cili kering yang di gunting tadi..gaul sebati dan masuk kan dada ayam biar dalam 2minit bagi isi ayam tu masak then masuk kan spagheti bersam cili flakes. Gaulkan sampai spagheti sebati dengan bahan2 tumis tadi..dalam 3minit macam tu korang boleh angkat dan hidangkan ke dalam pingan.



Taaadaaaa da siap!!! so aku pun rasa lah aglio olio ni untuk pertama kali nya..wahhhh sedap jugak chiken aglio olio nih!!gabungan ayam dengan butter tu memang kena sangat!!anak aku pun suka =)


Menu Paling Simple dan Cepat

Hari ahad ni selalunya adalah hari kemalasan surirumah macam aku...ahahahaha, sebab hari cuti macam ni lah baru aku dapat rehat.
cik suami tak bekerja so boleh take over jaga anak..kire hari cuti untuk si isteri dan hari bekerja untuk si suami..kihkihkihkih
yela mana tak nyer..kalau hari biasa masuk keje shif 24jam kalah orang keje kilang tau!huhuhuhuu

Cuti2 pun dapur nak kena masuk juga, sebab cik suami da request masak kat rumah. Kami memang jarang sangat la nak menapau ke makan lauk2 kat kedai..lagi pun masak sendiri lagi terjamin kebersihan dan kesihatan tak gituwww!!!huhuhu

Lauk yang aku nak masak hari ni senang sangat2 haaa...tak ambil masa yang lama pun untuk korang berada di dapur..ehehehe
kalau korang malas jugak tak tahu la ceq nak kata pa..terkeluaq da bahasa utaqa ceq!ahahahaha


Telur Masak Asam

Bahan :

3biji telur ayam
1biji bawang besar
3cm halia (ikut korang kalau suka boleh letak banyak)
5tangkai cilipadi (ikut tahap kepedasan korang)
1sb asam jawa (aku pakai asam jawa adabi yang tak ade biji)





Mula2 sediakan barang untuk menumis, korang kopek bawang dan halia, hiris ikut cara korang sendiri tak kisah la gaya macam mana yang korang suke..
lepas tu..cili padi tu selalu aku suka hiris kecil2..tapi sebab anak aku yang umur 2thn nak makan skali, so aku tak hiris la sebab tak nak kuah asam ni rasa pedas nanti, so biar jek sebiji2 macam tu nanti nak makan gigit jek buat ulam...lagi layan korang makan nasi nanti!ahahaha




Bancuh air asam jawa dengan air suam,pecah 3biji telur dalam mangkuk dan masuk kan garam skit.
Okay bahan2 semua da ready korang biar tepi dulu, korang goreng telur tu dulu buat telur dadar,da goreng letak tepi.



Panaskan kuali balik letak minyak skit, tumis bawang besar dan halia sampai bawang nampak layu..then korang masuk kan cilipadi gaul2 bagi sebati.



Seterusnya masuk kan air asam jawa yang dah siap bancuh tadi..biarkan sampai mendidih dan masuk kan sedikit gula dan garam mengikut cita rasa masing2. 




Kuah asam tu da mendidih korang tutup api biar 5minit dulu atas dapur tu, lepas da sejuk skit korang simbah kuah tadi atas telur dadar tadi...haa..da siap!!! senangkan!!! semudah abc gituww...ehehehee
Lauk ni sedap makan panas2..bagi korang yang suka makan lambat2 tu..aku sarankan korang asingkan kuah dulu, sebab kalau biar lama nanti telur akan meresap semua kuah..nanti kering pulak kuah asam korang tu...ahahahahaa









Sedap jugak

Hallo sunday!!!!!

Cerita pagi ni..punyer sedap la hai tidur, tiba2 terjaga tengok anak yang kecik tu boleh plak lepas sampai ke lantai elok plak die meniarap sambil isap jari buat muka cute gituww!!!! 😳, terus segar biji mata aku. Tak sempat nak habiskan mimpi tadi dengar plak suara laki aku request roti telur!!!

Apa lagi bergegas bibik masuk dapur buka peti sejuk capai telur dengan buttter!!!ahahahaha
resepi roti telur ni mudah dan ringkas jerrr..tapi disebabkan aku goreng pakai butter tu yang jadi sedap lain macam!!huhuhuhuu tak percaya korang cuba la..xpayah letak garam pun da sedap tau!





macam dalam gambar kat atas ni korang hanya perlukan roti, telur dan butter sahaja..senangkan? kalau tak ada butter korang boleh guna  minyak biasa..tapi rasa dia tak  sama la dengan roti aku buat ni...ehehehehee

roti yang aku buat ni pakai 3biji telur dapat la dalam 7keping roti. pecahkan telur dulu dalam mangkuk, pastu kacau telur tu bagi pecah kuning telur.

panaskan kuali, masukan butter dalam 1sb...butter da cair korang celup roti dalam telur tu then terus letak dalam kuali...aku pakai kuali besar so boleh goreng 3keping roti terus...masa goreng tu rajin2 la ambik butter skit2 letak kat celah2 roti sebab tak nak bagi roti melekat...roti pn jadi lagi garing dan rangup.


korang agak2 la lama mana korang nak goreng, kalau aku suka yang garing2 skit bile makan rasa rangup jek...tapi jangan lama sangat nanti hangus plak!!ahahaha




Ini lah hasil roti telur aku buat hari ni bersama teh'o panas memang layan...kalau nak lagi best korang makan dengan kaya itu cara aku...kalau cara laki aku die makan macam tu jek 😊











!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...