First Time Buat

Sape penah makan spagheti aglio olio ? selalu spagheti ni orang masak dengan seafood kan.. macam udang, kupang, dan sotong tu yang biasa kite tengok la kan?
tapi di sebabkan dekat dalam peti sejuk aku tak ade seafood, yang ade cuma ayam jek..tekak aku plak teringin sangat nak makan aglio olio terpaksa aku turut kan jugak!ehehehehe

So ape lagi mula la selongkar peti sejuk, almari dapur semua cari bahan2 nak masak... walaupun tak pernah buat spagheti aglio ni aku cuba jugak buat.. dengan mengunakan bahan yang sedia ade sahaja, mengikut cara aku sendiri!ahahahaha sedap tak sedap belakang citer la, yang penting aku cuba dulu!!huhuhuhu

cik suami memang tak berapa pandai makan spagheti2 ni so aku masak untuk aku sorang jela..ehehehe


Chiken Aglio Olio

Bahan :


1keping dada ayam
4biji bawang putih (kalau tak suka boleh kurangkan lagi)
2sb butter (aku pakai butter untuk lebih rasa lemak)
5tangkai cili kering (aku suka pedas)
2sb cili flakes (aku guna cili flakes dominos)
1gemgam spagheti (aku masak untuk 2x makan)



cara2 nya korang panas kan periuk yang berisi air untuk rebus spagheti terlebih dahulu..kemudian sediakan bahan2 untuk menumis.
Potong dada ayam bentuk dadu atau hiris nipis memanjang, cincang bawang putih..cili kering tu korang gunting serung2, ok bila air da mendidih tadi korang masukan spagheti..jangan rebus sampai kembang, bagi separuh masak sebab kejap lagi kite nak mengoreng spagheti tu lagi.

Bila spagheti da separuh masak korang toskan dulu..letak tepi, sediakan kuali panaskan butter di dalam kuali dulu..agak2 da panas masukan bawang putih tumis sampai naik bau jangan sampai hangus!! masuk kan cili kering yang di gunting tadi..gaul sebati dan masuk kan dada ayam biar dalam 2minit bagi isi ayam tu masak then masuk kan spagheti bersam cili flakes. Gaulkan sampai spagheti sebati dengan bahan2 tumis tadi..dalam 3minit macam tu korang boleh angkat dan hidangkan ke dalam pingan.



Taaadaaaa da siap!!! so aku pun rasa lah aglio olio ni untuk pertama kali nya..wahhhh sedap jugak chiken aglio olio nih!!gabungan ayam dengan butter tu memang kena sangat!!anak aku pun suka =)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...