Fluffy Pineapple Tart!!!


Morning...

Hari ni aku nak buat review tart nenas sedap gebu gebass!!! Serius sangat menepati citarasa aku sebab jem nenas tu homemade, bukan yang beli kat luar dah siap tu! So rasa sangat-sangat berbeza dan sedap!!

First time makan terus jatuh cinta pandang pertama gituw!! Sebelum ni kalau makan tart nenas aku akan makan kulit luar jek payah nak telan jem sekali sebab tak menepati citarasa aku! Tapi bila makan tart nenas gebu gebas ni memang licin terus, sebab jem dia nice gilerrr!!!

Harga pun sangat berpatutan dengan rasa yang sedap! Memang tak rugi beli! Tiap bulan wajib repeat order tau!!


Kalau korang nak order boleh pergi ke instagram @masakwithdaddy



Macaroni Cheese Bake!

Assalammualaikum...



Hai korang! Lama aku tak update resepi..so malam ni aku nak update resepi western ringkas yang aku baru masak tadi.
Barang2 nak buat macaroni cheese ni dah lama aku beli, tapi disebabkan mood rajin tu tak muncul2, aku pun tangguh sampai lah ke hari ni baru mood rajin + teringin tu pun datang!!! Huhuuu.

Ok jom aku tunjuk cara2 nak masak!

Bahan2:

Macaroni
Cheese (mozarella@cheddar)
Sos keju & herba tin kecil (aku guna prego)
Udang@sosej
Lada benggala
Bawang besar@bawang holland
Cendawan (kalau suka)
Butter@minyak masak

Cara2:

Rebus dahulu macaroni sehingga kembang selepas 15minit toskan.

Untuk sos:

Tumis bawang yang telah dicincang bersama butter, masukkan udang tumis sehingga udang bertukar warna.

Masuk cendawan & lada benggala yang telah dipotong dadu tumis sehingga layu kemudian masukkan sos keje & herba.

Masukkan sedikit air sebab sos terlalu pekat, lepas tu korang boleh la masukkan garam@perasa tambahan ikut citarasa masing2. (jika perlu)

Akhir sekali masukkan macaroni yang telah ditoskan tadi gaul sebakti.


Ok ni rupa macaroni cheese aku, yang telah di alihkan dalam bekas aluminium foil.


Sebelum bakar korang tabur lah sikit cheese kat atas tu, untuk rasa yang lebih ummphh!!!tak kisah la apa2 cheese pun... (ikut bajet masing2)


150c 10minit
Api atas sahaja


1 2 3 ok dahh siapp bakar!!!
Sedia dihidang..😋



!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...