Lempeng paling mudah dan cepat!

Assalamualaikum,

Haiiii uollsss!! Lama aku tak share pasal resepi kan? so hari ni nak share satu resepi yang sangat mudah dan cepat! Anak2 pun suka tau! 

Sesuai untuk buat makan pagi, petang dan malam. Pastu korang boleh cicah dengan apa2 pun sedap! Kalau anak2 aku suka letak madu, jem, nutella tak pun cicah dengan susu😋  

Untuk korang plak boleh cicah dengan sambal tumis!!! Confirm terangkat! Nak plak minum kopi'o panas...fuhhh!! Berpeluh baq hang!😅

Bahan-Bahan: 

  • 8 sb tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 sb minyak masak
  • Hujung sudu garam
  • Gula (ikut tahap kemanisan korang)
  • Air (agak2, kalau aku suka nipis2 jek, jadi aku letak air lebih skit) cantik)


Caranya : 

    Campurkan semua bahan2 tu sekali...korang kacau sampai semua sebati (kalau aku, suka pakai mixer sebab senang! adunan tu lebih halus dan

    Untuk melempeng plak, guna kuali yang sesuai la (aku guna kuali ikea yang 10ringgit tu!huhuhuhu) Panaskan kuali terlebih dahulu, tak payah letak minyak. Bila dah cukup panas korang boleh la start melempeng.

    Bagi mendapatkan hasil yang cantik guna api kecil dan tutup permukaan kuali tu semasa melempeng! Selamat mencuba 💁🏻


    Ini hasil lempeng yang dah aku buat
    😋😋😋

    Review Diapers "Tesco loves baby" selesa untuk anak-anak.

         Hari ni aku nak preview sikit pasal  diapers brand tesco ni "loves baby" selalu aku baca commet orang pasal  diapers ni ramai yang cakap bagus dan sangat puas hati! 
         Dua hari lepas diapers anak aku habis, so aku pun suggest kat suami beli diapers brand tesco pulak, bila dah cuba diapers  ni aku pun rasa ok! Lebih kurang sama jek dengan diapers2 yang penah aku beli sebelum ni, tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal, dengan corak dan warna yang menarik! Nampak comel pulak😘Lepas ni bole beli lagi!           
          Bagi aku kalau sekadar duduk rumah, tak ade masalah kalau pakaikan anak  diapers ni, Kalau korang yang nak jimat tu boleh cuba brand tesco! Yang penting mommy semua kena rajin cek diapers anak, kalau anak kuat kecing, jarang tukar diapers memang lah bocor😪.
         Kalau korang bernasib baik, kadang2 tesco ade buat harga runtuh untuk diapers ni, sebelum ni aku tengok orang borong jek, Lepas ni aku pun nak join borong sekali!!😅.




    !!!Cendawan Goreng shedapppp!!

    Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...