Jom Masak Laksa!

Hari ni aku nak share resepi kuah laksa cara aku, laksa ni memang favourite aku dengan anak2. Dekat rumah kalau ada laksa memang kami jek yang akan habiskan..laki aku memang tak makan dan tak suka! (peraqq buiihh kata orang utara).

Kalau masak laksa aku paling suka guna ikan sardin! sebab rasa lemak ikan tu semua cukup dan paling sedap, tapi ada setengah orang guna ikan kembung dan lain2 ikan pun ada. Selalu kalau masak laksa aku beli dalam setengah kilo atau beberapa ekor jela ikan..sebab nak makan 3orang jek, tapi kalau masak lebih pun tak apa boleh simpan banyak hari.. kalau buat frozen pun tahan berbulan2 tau!





Bahan2 untuk kuah laksa:
Ikan sardin
Cili kering (kisar)
Bunga kantan
Daun kesum
Asam keping (10 keping)
Bawang besar (kisar)
Belacan (secukup rasa)


Cara2:
Rebus ikan yang telah siap dicuci bersih bersama air secukupnya, sementara tunggu ikan mendidih boleh lah korang sediakan bahan kisar (cili kering, bawang besar & belacan)
belacan kena secukup rasa ye, kalau kurang nanti kuah kurang rasa seeloknya guna belacan yang sedap! baru kuah korang pun rasa sedap gituw...ahahaha

Bila ikan dah siap rebus, macam biasa la korang kena perisi (kopek) dulu, isi dan tulang ikan perlu letak berasingan ye..dah siap perisi boleh terus kisar, kisar isi ikan terlebih dahulu dan masukkan sedikit air rebusan tadi, lepas tu kisar pulak tulang ikan dan guna air rebusan ikan juga, kemudian boleh la tuangkan kedalam periuk, isi ikan yang dah kisar tadi tuang ke dalam periuk tanpa ditapis ye. untuk bahagian tulang ikan yang dah kisar tadi perlu ditapis.

Dah siap masukkan ikan tadi, korang boleh masukkan bahan kisar tadi (cilikering, bawang dan belacan) ikut sukatan beberapa senduk korang nak,kalau aku suka kuah warna merah2 skit jadi aku akan masuk lebih cili kering tu..kalau tak nak pedas boleh kurangkan cili kering.




Ini rupa semua bahan yang dah dimasukkan ke dalam periuk tadi, semua bahan aku campak siap2 dalam periuk tu temasuk sekali dengan asam keping daun kesum dan bunga kantan, pastu korang boleh la buka api, masak sampai mendidih dan boleh tabur garam siap (masak biar lama sedikit bagi cili betul2 masak).

Sementara tunggu kuah masak korang boleh la sediakan bahan2 untuk makan nanti:

Mee laksa (wajib ada! aku suka laksa basah@kenyal)
Timun
Salad
Telur rebus
Nenas (optional)
Bawang besar
Cili padi
Asam limau 
(aku jarang guna sebab kuah laksa aku dah cukup masam dengan asam keping)





Yeaa...kuah laksa dah siap masak! tengok warna kuah laksa sis just nice...kihkihkih

Tips untuk masak kuah laksa, aku suka masak sehari awal, contoh malam ni aku masak, esok pagi baru makan..kuah laksa ni lagi lama lagi sedap tau dan kalau ada lebihan kuah laksa jangan buang ye...simpan buat frozen next time kalau tiba2 teringin nak makan laksa boleh panaskan jek.
ok selamat mencuba korang bye!

Yeaaa!! dah boleh balik kampung (PKPP)




Tarikh keramat 10hb june 2020 bila PM umum semua rakyat dah boleh merentas negeri!!!yaaahooooo punya lah excited masing2 macam cacing baru keluar tahan...ahahaha (sampai tak tau la nak pii kemana dulu!)

Jadi aku pilih untuk pulang ke desa bertemu mak abah dan adik2 kat kampung...ehehehee.. (nak2 plak tengah musim durian)

Teruja la jugak time tu..sebab dah lama sangat tak keluar, dapat jalan atas highway tengok pemandangan bukit bukau, pokok2 tepi jalan pun dah happy giler. Terima kasih PM sebab memahami perasaan anak perantauan mcam kami ni... =)

Perjalanan aku suami dan anak2 bermula pada jumaat tengahari lepas, nasib la jalan tak jam baq hang! mula2 expectation kami confirm jalan jam giler sebab ramai yang akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga buat kali ke2. Alhamdullillah...walaupun banyak kereta tapi perjalanan masih lagi lancar, cuma hujan dan angin agak kuat sepanjang perjalanan kami.



Budak tecik tu teruja nak balik jumpa tokwan dia!ahahahaha





Macam biasa singgah rnr rawang tapau ayaq mahai ni sat buat modal basah tekak atas highway. Disebabkan kerajaan saran untuk bawak bekalan makan sendiri sebab rnr tidak dibuka sepenuhnya, jadi kami tapau siap2 makanan, berhenti makan dalam kereta jela.

Perjalanan kami lebih kuran 4jam lebih (kajang - Taiping)
selamat sampai rumah..langkah kanan balik kampung rezeki mak masak pulut durian!!yiiihuuuuu


!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...