Sarapan Pagi Sedap untuk Anak-anak.


Semalam aku cuba buat satu lagi resepi viral 'Cheezy Corndog'. Sedap sangat! Makan 2biji pun dah rasa kenyang tau.

Menu ni sesuai buat sarapan pagi untuk anak2, dan kalau anak2 nak bawak bekal pergi sekolah pun boleh!


Bahan-bahan :
4pcs Cheese
4pcs Sosej
1cup Susu full cream
1 1/2cup Tepung gandum
1biji Telur
1sk Baking powder
1sk brown sugar
Sedikit serbuk lada hitam



Cara-cara:
Bahagi sosej kepada dua bahagian (aku buat yang mini jek sesuai untuk anak2 kecil nak makan)

Cheese pun sama bahagi 2, ikut macam dalam pic ni.

Nak gulung cheese dengan sosej tu agak sukar! Jadi korang guling2 dulu sosej dalam tepung kemudian gulung/balut sosej dengan cheese.

Dah siap, freeze kan dulu dalam 20mnt.



Now aku nak tunjukkan cara2 buat bancuhan untuk menggoreng sosej nanti.

Campurkan tepung, baking powder, brown sugar, susu, telur dan lada hitam kedalam satu mangkuk. Kemudian kacau sebati.

Selepas 20mnt boleh keluarkan sosej dan mula menggoreng. Pastikan minyak cukup untuk menggoreng, dan betul2 panas.

Kat rumah aku takde lidi, jadi aku goreng macam goreng pisang jek.



Ini hasil yang berjaya aku buat. Untuk dapat hasil yang cantik minyak kena cukup. Dan masa goreng kena sentiasa alih2kan dengan cepat2.

Jangan goreng terlalu lama sebab cheese akan keluar dan meletop2.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...