Best Hotel in Penang!

Assalammualaikum semua,

Memandangkan dah lama aku tak update blogs! Hari ni aku nak belanja korang satu entry baru. Aku nak review antara "The Best Hotel in Penang" Walaupun harga hotel ni mahal sikit tapi berbaloi tau! Sebab macam2 ada dalam hotel ni...ehehehe.

Golden Sands Resort by Shangri-la Penang.




Tempat ni memang aku sangat2 recommend untuk korang yang ade anak2 kecil dan sukakan aktiviti, sebab pihak hotel memang selalu adakan macam2 aktiviti setiap hujung minggu untuk kanak2 hingga lah untuk orang dewasa.

Selain tu enviroment dekat dalam kawasan hotel ni sangat-sangat lah cantik dan tenang wey!! Kalau korang rasa takde mood nak berholiday tu, datang jek sini automatik mood holiday korang tu onzzz!!! Ahahahaha (pengalaman aku la)




Mood anak2 jangan cakap la macam mana kan! Macam kena histeriaa weyyy! Tengok kolam jek nak terjun!ahahahahaha. Setiap kolam akan ade seorang pengawal yang jaga, jadi tak la risau sangat kalau anak2 nak mandi sendiri.



Dekat sini ade 6section kolam mandi dari kanak2 hingga la orang dewasa, termasuklah jakuzi. Kalau bawak mak abah yang nk berendam saja2 tu boleh lepak dekat jakuzi side (macam pic atas).



1st day aku kat sini memang banyak habiskan masa dekat kolam dari pagi sampai lah ke petang! Biasa la budak2 kalau dah nampak air memang tak ingat makan minum tidur semua! Ahahaha.



2nd day bawak anak2 pegi aventure zone! Dekat dalam ni ade playground & gelongsor gergasi mummy daddy pun boleh join main sekali! (tapi makesure kena pakai stokin tau) & ade juga caj untuk kanak2 umur 5tahun ke atas.

Nak tengok video atau gambar2 aku bercuti dekat sini lagi, boleh tengok dekat ig @citiwawa (highlight story).

Kalau korang yang dah ada plan nak datang sini bawak anak2 makesure korang jelajah satu kawasan hotel dan gunakan kemudahan diberi dengan sebaiknya! Baru puas hati bayar mahal2 pun!huhuhuhuhu. Kalau bab nak cari makan korang tak payah susah hati! Makan dalam hotel memang mahal! Aku pun tak makan dalam tu..ahahaha

Hotel ni memang kawasan yang sangat strategik! Sebab keluar jek hotel terus sebelah kanan night market. So kalau nak keluar tak payah drive! Berhadapan dengan petronas batu feringgi. Dekat kawasan petronas tu tengahari dan malam ada akak jual nasi campur lauk panas2 memang sedap lauk2 akak tu masak. Harga berpatutan sangat!

Lunch time dekat situ pun memang banyak warung makan nasi campur! Paling best kuih cakoi & teh ais kaw dekat tepi jalan petronas tu! Semua dekat2, anak2 nak makan Mcd pun ade. Keluar jalan kaki jek, kalau hujan atau panas boleh pinjam payung dekat hotel (customer service).

Ade yang tanya aku booking hotel macam mana? Aku selalu guna Agoda jek! Kalau korang nak dapat harga murah kena rajin2 survey & booking lebih awal dan pilih date yang bukan season pack!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...