Fluffy Pineapple Tart!!!


Morning...

Hari ni aku nak buat review tart nenas sedap gebu gebass!!! Serius sangat menepati citarasa aku sebab jem nenas tu homemade, bukan yang beli kat luar dah siap tu! So rasa sangat-sangat berbeza dan sedap!!

First time makan terus jatuh cinta pandang pertama gituw!! Sebelum ni kalau makan tart nenas aku akan makan kulit luar jek payah nak telan jem sekali sebab tak menepati citarasa aku! Tapi bila makan tart nenas gebu gebas ni memang licin terus, sebab jem dia nice gilerrr!!!

Harga pun sangat berpatutan dengan rasa yang sedap! Memang tak rugi beli! Tiap bulan wajib repeat order tau!!


Kalau korang nak order boleh pergi ke instagram @masakwithdaddy



Macaroni Cheese Bake!

Assalammualaikum...



Hai korang! Lama aku tak update resepi..so malam ni aku nak update resepi western ringkas yang aku baru masak tadi.
Barang2 nak buat macaroni cheese ni dah lama aku beli, tapi disebabkan mood rajin tu tak muncul2, aku pun tangguh sampai lah ke hari ni baru mood rajin + teringin tu pun datang!!! Huhuuu.

Ok jom aku tunjuk cara2 nak masak!

Bahan2:

Macaroni
Cheese (mozarella@cheddar)
Sos keju & herba tin kecil (aku guna prego)
Udang@sosej
Lada benggala
Bawang besar@bawang holland
Cendawan (kalau suka)
Butter@minyak masak

Cara2:

Rebus dahulu macaroni sehingga kembang selepas 15minit toskan.

Untuk sos:

Tumis bawang yang telah dicincang bersama butter, masukkan udang tumis sehingga udang bertukar warna.

Masuk cendawan & lada benggala yang telah dipotong dadu tumis sehingga layu kemudian masukkan sos keje & herba.

Masukkan sedikit air sebab sos terlalu pekat, lepas tu korang boleh la masukkan garam@perasa tambahan ikut citarasa masing2. (jika perlu)

Akhir sekali masukkan macaroni yang telah ditoskan tadi gaul sebakti.


Ok ni rupa macaroni cheese aku, yang telah di alihkan dalam bekas aluminium foil.


Sebelum bakar korang tabur lah sikit cheese kat atas tu, untuk rasa yang lebih ummphh!!!tak kisah la apa2 cheese pun... (ikut bajet masing2)


150c 10minit
Api atas sahaja


1 2 3 ok dahh siapp bakar!!!
Sedia dihidang..😋



Kari Ikan Merah Babas




Hari ni aku nak share dengan korang! resepi kari ikan merah. Ikan merah ni antara fav aku bila masak kari,banyak lagi ikan2 lain yang korang boleh buat masak kari ni, ikut citarasa masing2 la....

Ok selalu part kepala jek aku buat kari... Bahagian badan@isi aku suka goreng! Nak2 ikan fresh baru beli...korang goreng garing2 ratah saja pun dah sedap tau!!!!huhuhu

Bahan2: 

Kepala ikan merah (yang telah dibelah dua)
Rempah kari babas
Serbuk cili babas (optional)
Halba campur
Daun kari
Bawang besar
Bawang putih
Tomato
Bendi
Air asam jawa
Santan

Cara2:

Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong halus bersama halba campur dan daun kari. Tumis sampai bawang garing tau!

Rempah kari + serbuk cili babas campur sekali bancuh dengan sedikit air. Bila bawang tadi dah garing. Korang masukkan rempah yang dah bancuh ni tumis sekali sampai pecah minyak! (guna api yang perlahan)

Masukkan air asam jawa (ikut la kalau suka masam letak lebih lagi) kacau sebakti... Masukkan santan, dan boleh la korang masukkan kepala ikan tadi, biar sampai mendidih.

Bila dah mendidih boleh la korang masukkan perasa tambahan seperti garam ke gula..dah ape2 yang korang rasa nak tambah bagi lagi sedap! Pastu masuk la tomato dengan bendi sekali ok!



Ok! Ini lah rupa kari yang dah siap masak tu! Nampak menyelerakann!!! Makan nasi panas tambah tokyu skit fuhhhh terbaikk kawww!ahahahaha

Sedikit info: kuah kari kalau tak habis jangan buang! korang panaskan hari2 makin lama makin sedap tau! Nak pulak cicah dengan roti...makan tak hingatt orang belakang tau!😜



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Assalamualaikum...

Selamat hari raya korang semua! Ada yang rindu tak?ahahaha. Lama betul aku tak merepek kat dalam blog ni kan!huhuhu. Hari ni aku nak share perkembangan terbaru aku..sejak2 dah bekerja ni memang takde masa nak tulis blog, video masak2 pun jarang sekali..bukan sebab tak masak! Tapi tak sempat nak pegang handphone sambil memasak sekarang, sebab nak kejar masa..ehehehe.

Insyaallah...aku akan cari masa yang sesuai untuk update resepi2 terbaru, review terbaru beserta cerita2 terbaru lagi sensasiii gituww!!!ahahaa.

Stay tuned! For new updates..!muahsss

Sambal Santau Halal Dan Sedap!!!

Selamat Malam semua!

Malam ni aku nak cerita kat korang semua pasal 'santau' kalau sebut pasal santau ni mesti seramkan?? Ya allah memang mintak jauh la bab santau menyantau orang ni.Tak selamat dunia akhirat tau!!

Tapiiiii.....!!! Santau yang nak aku nak cerita kat korang semua bukan benda2 khurafat tu!! Ni santau syahduuu namanya ahahaha sape2 kena memang layan habisss...jom baca sampai habis.



'Sambal santau' ni produk keluaran pertama hasil air tangan sepupu aku (kiranya aku nak tolong promote sekali la ni) kalau bukan adik beradik saudaramara sapa lagi nak tolong promote kan??!!! Lagi pun aku memang suka tolong promote produk2 makanan ni..lagi2 bila aku sendiri dah rasa dan yakin boleh pergi jauh! Cewahhh!ahahaha.

Sambal santau ni korang boleh makan terus dengan nasi. Jadi kalau korang yang jenis sehari tak makan cili tu boleh mati!! Wajib ade sambal instant macam ni buat stok kat rumah! Sebab aku pun dah beli buat stok kat rumah.

Selain tu juga sambal ni korang boleh buat pais nasi goreng, ikan goreng sambal, ayam sambal ke dan macam2 lagi lah yang berkenaan dengan sambal2 ni, so jimat masa korang lagi2 ibu2 yang bekerja tu kan..balik rumah nak kena masak, bab paling malas sekali nak kena blender cili! (sebab aku pun kadang2 memang malas nak blender cili) jadi sambal instant ni sangat mudah dan membantu!

Yang suka pergi travel ke camping ke (macam si bahenol dan si sinopal) ahahahahaha. pun sesuai sangat la bawak sambal ni sekali. Cara packaging 'sambal santau' ni pun comel dan sangat mudah bawa kemana sahaja tau!

Ok kalau korang yang berminat nak rasa 'sambal santau' ni boleh DM aku atau owner sendiri dekat ig @masakwithdaddy



Cheezy Egg Sandwich

Assalamualaikum...

Happy saturday korang semua! Bagi Mak2 yang  bekerja macam aku ni mesti saat paling tak sabar tunggu hari sabtu dan ahad kan! Sebab nak cuti...huhuhuhuu

Hari cuti ni lah boleh bangun lambat sikit nak berguling2 atas katil lama2!ahahahaha. Tapi aku tak boleh juga tidur lama2 sebab dah biasa bangun awal pagi, mesti akan terjaga sendiri. Jadi pagi ni aku bangun awal tak awal sangat la dalam pukul 8 macam tu sebab semalam dah janji dengan anak2 nak buat breakfast untuk dorang.

Mula2 plan nak buat cheezy corndog! Disebabkan tepung pulak dah habis (lupa nak pesan kat laki aku suruh beli semalam)
Jadi aku buat sandwich telur dengan kacang panggang jela..

Menu ni simple jek...kalau nak buat menu pegi picnik sesuai sangat tau!



Bahan2 :

Telur 2biji
Cheese 1keping
Mayonis 1s/b
Black pepper

Cara2:

Rebus 2 biji telur dalam 4minit lebih pun takpe (ikut la korang suka telur tu masak macam mana).

Lepas dah siap rebus, lenyek telur bersama sekeping cheese sampai telur hancur
Kemudian masukkan mayo + pepper (pepper tu agak2 jela...kalau xnak letak pun takpe)

Korang lenyek semua sampai sebati, dan korang rasa lah sikit kot2 ade yang kurang. Kalau aku memang tak tambah ape2 dah sebab semua rasa dah kena dengan taste aku.

Dah siap! Boleh sapu dekat roti buat sandwich. Aku guna roti gardenia roti cantik potong pun senang!



Ni hasil sandwich yang aku buat tadi, makan dengan kacang panggang memang sedap sangat!!!ehehehe..

Best Hotel in Penang!

Assalammualaikum semua,

Memandangkan dah lama aku tak update blogs! Hari ni aku nak belanja korang satu entry baru. Aku nak review antara "The Best Hotel in Penang" Walaupun harga hotel ni mahal sikit tapi berbaloi tau! Sebab macam2 ada dalam hotel ni...ehehehe.

Golden Sands Resort by Shangri-la Penang.




Tempat ni memang aku sangat2 recommend untuk korang yang ade anak2 kecil dan sukakan aktiviti, sebab pihak hotel memang selalu adakan macam2 aktiviti setiap hujung minggu untuk kanak2 hingga lah untuk orang dewasa.

Selain tu enviroment dekat dalam kawasan hotel ni sangat-sangat lah cantik dan tenang wey!! Kalau korang rasa takde mood nak berholiday tu, datang jek sini automatik mood holiday korang tu onzzz!!! Ahahahaha (pengalaman aku la)




Mood anak2 jangan cakap la macam mana kan! Macam kena histeriaa weyyy! Tengok kolam jek nak terjun!ahahahahaha. Setiap kolam akan ade seorang pengawal yang jaga, jadi tak la risau sangat kalau anak2 nak mandi sendiri.



Dekat sini ade 6section kolam mandi dari kanak2 hingga la orang dewasa, termasuklah jakuzi. Kalau bawak mak abah yang nk berendam saja2 tu boleh lepak dekat jakuzi side (macam pic atas).



1st day aku kat sini memang banyak habiskan masa dekat kolam dari pagi sampai lah ke petang! Biasa la budak2 kalau dah nampak air memang tak ingat makan minum tidur semua! Ahahaha.



2nd day bawak anak2 pegi aventure zone! Dekat dalam ni ade playground & gelongsor gergasi mummy daddy pun boleh join main sekali! (tapi makesure kena pakai stokin tau) & ade juga caj untuk kanak2 umur 5tahun ke atas.

Nak tengok video atau gambar2 aku bercuti dekat sini lagi, boleh tengok dekat ig @citiwawa (highlight story).

Kalau korang yang dah ada plan nak datang sini bawak anak2 makesure korang jelajah satu kawasan hotel dan gunakan kemudahan diberi dengan sebaiknya! Baru puas hati bayar mahal2 pun!huhuhuhuhu. Kalau bab nak cari makan korang tak payah susah hati! Makan dalam hotel memang mahal! Aku pun tak makan dalam tu..ahahaha

Hotel ni memang kawasan yang sangat strategik! Sebab keluar jek hotel terus sebelah kanan night market. So kalau nak keluar tak payah drive! Berhadapan dengan petronas batu feringgi. Dekat kawasan petronas tu tengahari dan malam ada akak jual nasi campur lauk panas2 memang sedap lauk2 akak tu masak. Harga berpatutan sangat!

Lunch time dekat situ pun memang banyak warung makan nasi campur! Paling best kuih cakoi & teh ais kaw dekat tepi jalan petronas tu! Semua dekat2, anak2 nak makan Mcd pun ade. Keluar jalan kaki jek, kalau hujan atau panas boleh pinjam payung dekat hotel (customer service).

Ade yang tanya aku booking hotel macam mana? Aku selalu guna Agoda jek! Kalau korang nak dapat harga murah kena rajin2 survey & booking lebih awal dan pilih date yang bukan season pack!

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...