Lempeng paling mudah dan cepat!

Assalamualaikum,

Haiiii uollsss!! Lama aku tak share pasal resepi kan? so hari ni nak share satu resepi yang sangat mudah dan cepat! Anak2 pun suka tau! 

Sesuai untuk buat makan pagi, petang dan malam. Pastu korang boleh cicah dengan apa2 pun sedap! Kalau anak2 aku suka letak madu, jem, nutella tak pun cicah dengan susu😋  

Untuk korang plak boleh cicah dengan sambal tumis!!! Confirm terangkat! Nak plak minum kopi'o panas...fuhhh!! Berpeluh baq hang!😅

Bahan-Bahan: 

  • 8 sb tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 sb minyak masak
  • Hujung sudu garam
  • Gula (ikut tahap kemanisan korang)
  • Air (agak2, kalau aku suka nipis2 jek, jadi aku letak air lebih skit) cantik)


Caranya : 

    Campurkan semua bahan2 tu sekali...korang kacau sampai semua sebati (kalau aku, suka pakai mixer sebab senang! adunan tu lebih halus dan

    Untuk melempeng plak, guna kuali yang sesuai la (aku guna kuali ikea yang 10ringgit tu!huhuhuhu) Panaskan kuali terlebih dahulu, tak payah letak minyak. Bila dah cukup panas korang boleh la start melempeng.

    Bagi mendapatkan hasil yang cantik guna api kecil dan tutup permukaan kuali tu semasa melempeng! Selamat mencuba 💁🏻


    Ini hasil lempeng yang dah aku buat
    😋😋😋

    !!!Cendawan Goreng shedapppp!!

    Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...