Sedap jugak

Hallo sunday!!!!!

Cerita pagi ni..punyer sedap la hai tidur, tiba2 terjaga tengok anak yang kecik tu boleh plak lepas sampai ke lantai elok plak die meniarap sambil isap jari buat muka cute gituww!!!! 😳, terus segar biji mata aku. Tak sempat nak habiskan mimpi tadi dengar plak suara laki aku request roti telur!!!

Apa lagi bergegas bibik masuk dapur buka peti sejuk capai telur dengan buttter!!!ahahahaha
resepi roti telur ni mudah dan ringkas jerrr..tapi disebabkan aku goreng pakai butter tu yang jadi sedap lain macam!!huhuhuhuu tak percaya korang cuba la..xpayah letak garam pun da sedap tau!





macam dalam gambar kat atas ni korang hanya perlukan roti, telur dan butter sahaja..senangkan? kalau tak ada butter korang boleh guna  minyak biasa..tapi rasa dia tak  sama la dengan roti aku buat ni...ehehehehee

roti yang aku buat ni pakai 3biji telur dapat la dalam 7keping roti. pecahkan telur dulu dalam mangkuk, pastu kacau telur tu bagi pecah kuning telur.

panaskan kuali, masukan butter dalam 1sb...butter da cair korang celup roti dalam telur tu then terus letak dalam kuali...aku pakai kuali besar so boleh goreng 3keping roti terus...masa goreng tu rajin2 la ambik butter skit2 letak kat celah2 roti sebab tak nak bagi roti melekat...roti pn jadi lagi garing dan rangup.


korang agak2 la lama mana korang nak goreng, kalau aku suka yang garing2 skit bile makan rasa rangup jek...tapi jangan lama sangat nanti hangus plak!!ahahaha




Ini lah hasil roti telur aku buat hari ni bersama teh'o panas memang layan...kalau nak lagi best korang makan dengan kaya itu cara aku...kalau cara laki aku die makan macam tu jek 😊











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...