Wantan Goreng Berinti Ayam Sedap Untuk Minum Petang!!!

Assalammualaikum,

Hai korang, malam ni aku nak share satu resepi yang sesuai buat untuk minum petang atau snek korang time tengah malam untuk layan movie!!!ahahaha

wantan goreng cara mudah dan sedap stay tune gaisss!!!


Bahan2:

Untuk inti wantan
Isi ayam yang telah di cincang 
(nak guna daging/udang pun boleh)
Lobak merah@Karot
Daun sup@Daun bawang
Bawang besar dan bawang putih

Ini rupe yang telah di cincang

Cara2:
Tumis semua bahan2 yang telah dicincang tadi dalam satu kuali, aku tumis dengan minyak bijan dalam 3 ke 4 titik

Kalau takde minyak bijan korang guna lah minyak masak biasa pun boleh tapi jangan banyak sangat ok nanti berminyak inti korang!

Tumis selama 3minit macam tu agak2 jek tak perlu risau takut inti tak masak, sebab kejap lagi nak mengoreng pulak ye...

Masukkan perasa tambahan, aku just tambah sos tiram dan maggie cukup rasa sahaja...kalau korang nak tambah bahan lain pun boleh ikut cita rasa sendiri...

Agak2 dah ok terus tutup api dah biar inti sejuk! Now korang boleh standby kulit wantan dulu....



Kulit wantan ni aku beli dekat tesco dia ade dua jenis bulat dan petak, so kali ni aku nak cuba yang bulat pulak. Kulit wantan yang aku beli ni memang senang sangat nak leraikan tak melekat dah tak mudah terkoyak....

Korang just leraikan kulit tu satu persatu susun dalam talam lagi senang
Sebab nanti akan memudahkan proses nak membalut wantan.



Ok ini rupa yang telah dibalut...
Nak balut wantan ni senang jek ikut suka korang la nak balut macam mana rupa sekali pun...kalau korang google banyak contoh2 cara2 membalut wantan ni..so korang boleh balajar dari sana...sebab aku pun belajar dalam google cara membalut ni..

Kalau korang perasan 3biji yang depan tu bentuk lain sikit, sebab tu 1st trial aku balut
So yang belakang2 tu rupa selepas aku dapat ilham!ahahahaha
   
Take note ye! Initi wantan tu jangan over dose sangat letak agak2 jek, kalau terlebih sangat nak balut susah.. Korang just letak air jek dekat bahagian kulit tu dah boleh melekat tak perlu guna telur atau sebagainya..


Ok dah siap!! Goreng pun jangan lama2 sangat, gunakan api kecil jek agak2 dah bertukar warna boleh angkat... Disebabkan aku sorang jek nak makan wantan ni jadi aku goreng sikit jek, selebihnya aku frozenkan untuk hari2 lain!ehehehe

Disebabkan aku tak rajin sangat so aku makan dengan cili sos jek!ahahah
Kalau korang rajin boleh buat cili ala thai tu mungkin lagi sedap cicah, ok sekian sampai disini sahaja.. Kalau aku ada masa lagi! Aku akan update resepi2 lain pulak ye!!!Byeeee❤




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...