Mencegah Virus HFMD.


Selamat malam korang semua! Malam ni aku nak share pasal virus HFMD yang semakin mengganas sekarang. Setakat ni dah 2 orang kanak2 dilaporkan meninggal dunia sebab virus HFMD (ya allah lindungilah anak2 kami semua).

Bila tengok kawan2 share pasal anak2 dorang yang dah terkena virus HFMD semakin takut aku rasa, masih berfikir lagi cara macam lagi yang boleh aku protect anak2 dari kena virus HFMD ni.

Korang rasa patut ke anak2 semua berkurung dalam rumah sepanjang wabak virus ni melanda. Tak mungkin kan sebab ade anak2 yang perlu pergi ke sekolah, tuisyen dan sebagainya. Jadi macam mana cara korang protect anak2  korang dari terkena virus HFMD ni?

Bagi aku kalau nak protect virus ni, perkara paling utama yang kite perlu jaga kebersihan diri dan anak2. Mula2 sekali aku tukar mandian anak2 aku kepada mandian antibakteria. Dah takde lagi mandian carrie junior, johnson baby dan sewaktu dengannya. Mandian antibakteria ni satu family boleh guna.

Kemudian kebersihan di dalam rumah. Memang dah menjadi kewajipan setiap hari aku akan menyapu dan mop lantai rumah. Benda ni memang aku sangat titik beratkan sebab anak2 aku ni jenis yang suka berguling2 satu rumah tak kire merata ceruk die rasa nak landing die landing!

Lap dan bersihkan habuk2 pada kabinet tv, meja makan dan semua tempat2 yang selalu anak2  bermain. Kemudian barang2 permainan anak2, yang ni pun sangat penting! Lagi2 kalau ade anak kecil yang suka masukkan mainan dalam mulut. Kalau boleh cuci permainan anak2 dengan sabun antibakteria seperti dettol dan sebagainya.

Dan untuk protection diluar rumah
Korang boleh gunakan gel, losyen, spray dan macam2 lagi jenis produk antibakteria yang ade jual di semua farmasi dan pasaraya.

Buat masa sekarang lebih baik jangan bawak anak2 pergi ke tempat2 awam yang ramai orang, terutamanya pasaraya dan taman permainan.

Orang dewasa pun boleh jadi pembawa virus HFMD ni tau! Jadi kepada parents2 semua, selepas balik dari kerja tu better korang bersihkan diri @ mandi dulu sebelum luangkan masa bersama anak2 dirumah.


Semoga anak2 kite semua terhindar dari virus HFMD. Kepada parents2 yang sedang menghadapi anak2 yang dah terkena virus HFMD, harap terus tabah dan jaga anak2 sebaik yang mungkin, semoga anak2 cepat sembuh.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...