Selesai checkin, simpan barang dan berehat sekejap. Kami sambung pulak jalan2 sekitar hotel,
memang rezeki bawak anak2 datang time macam ni, sebab banyak sangat aktiviti semperna sambut bulan kermedekaan. Meriah dengan kedatangan orang2 di sekitar johor.
Tempat kami tiga beranak bergambar ni di marina walk, berlakang dengan hotel kami menginap. Bahagian belakang kami bergambar ni tempat perlabuhan kapal dan bot2 mewah. Best lepak dekat sini petang2, anak2 pun excited dapat tengok ikan dalam laut tu macam2 jenis ada.
Ini antara events yang ada dekat marina walk, banyak boot jualan dan juga live band dari penduduk tempatan dekat sini. Macam biasa nak masuk events ni kena register dulu dan patuh SOP. Kalau masuk tempat2 macam ni bawak anak2 kecil macam biasa la mak pak kena standby duit banyak sikit!ahahahaa
Hasil berjalan dekat marina walk, dapat la anak2 'pau' daddy beli layang2. Sebelah dengan hotel kami tu ada dataran pasir ala2 macam pasir kat tepi pantai. Anak2 nak main korek2 pasir ke layang2 boleh main dekat sini, kebetulan angin pun kuat memang sesuai main layang2 waktu ni. Layang2 abang ammar berjaya naik tinggi! Dak tecik tu stress pulak layang2 dia buat hal (orang yang jual tu salah tebuk lubang!ahahaha).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan