Melatih Anak Kecil ke Tandas @ Potty Training

Assalamualaikum,
Korang yang ada anak kecil tu, start umur berapa melatih anak buang air kecil/besar kat toilet? hari ni aku nak share pasal pengalaman aku selama 1 minggu ni melatih ammar buang air kat toilet. Memandangkan ammar dah masuk 3 tahun dan dia pun dah pandai cakap, jadi dah tiba masanya untuk dia belajar berdikari buang air kecil/besar kat toilet.
Sebelum ni aku dah pernah cuba ajar dia, tapi tak berjaya sebab tak tahan daulat nak kena mop lantai banyak kali! aku surrender!ahahaa. Tapi kali ni aku dah nekad nak ajar juga, sebab dia pun dah besar dah paham apa 'mummy' dia cakap! then nampak dia pun lagi selesa dan suka bila tak pakai diapers =).
Untuk pastikan dia tak terkencing dalam seluar, setiap setengah jam aku akan tanya dia 'ammar nak kencing ke?' dan sentiasa ingatkan dia 'kalau ammar nak kencing pergi toilet tau'. Aku rasa dengan cara macam ni, kalau hari2 kita bercakap dan ingatkan anak2 mudah paham.
Setakat ni nampak la yang dia dah boleh berdikari pergi toilet sendiri, tapi part cebok tu memang aku kena pergi sekali la!huhuhuu. Buat masa sekarang aku latih dia dari pagi sampai ke petang, sebab malam tu memang confirm la dia akan banyak kencing dan tak akan bangun pergi toilet!😁

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...