Sentosa Villa Taiping


Tak sangka aku dekat kampung aku ada resort cantik macam ni tau! Kalau korang nak tahu dekat sini la tempat Mia Ahmad buat majlis akad nikah dia dan suami. kawasan yang bertemakan alam semulajadi. Siap ada pokok2 buah di sekeliling kawasan ni tau! Paling best pokok buah durian Huhuhu.
Sapa2 yang teringin nak pergi dusun buah tu boleh la ambil feel kat sini. Dari sumber yang aku dapat, memang dulu tempat ni dusun buah tapi owner dia dah jual dekat orang lain. Jadi owner baru tu usahakan tempat ni jadikan sebuah resort. 
Selain boleh buat majlis dekat sini, korang pun boleh buat family day, gathering dan apa2 sahaja aktiviti keluarga. Khidmat BBQ pun disediakan tau! Korang Cuma perlu bayar sahaja, semua bahan2 bakar dan tempat BBQ di sediakan oleh pihak resort, best kan?.
Dekat resort ni korang boleh pilih nak menginap dekat hotel atau chalet.kalau yang datang ramai2 nak buat family gathering tu boleh ambil bungalow.
Bagi yang nak datang jalan2 dan makan2 santai pun boleh. Hari tu sempat lah juga aku dengan family datang sarapan pagi dekat sini. Sebenarnya suasana pagi dekat sini lebih nyaman dan sejuk tau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...