Orang tanya jadi surirumah ni best ke?

Meh sini!! aku nak cerita dekat korang semua pengalaman aku selama 2tahun lebih jadi surirumah ni😁. Penuh suka dan duka, segala onak duri terpaksa aku tempuhi (ceewahhhh ayat aku!)

The best part adalah! Kau dapat jaga anak sendiri, tengok anak2 membesar depan mata, tak semua orang dapat peluang menjaga anak di rumah. Jadi bile dah dapat peluang ni aku akan cuba mendidik dan menjaga anak2 aku sebaik yang mungkin.

Jadi surirumah ni bukan setakat keewangan jek nak kukuh! Fizikal mental korang pun nak kena kukuh! Kadang2 ada orang nampak macam seronok jek duduk rumah jaga anak, tapi dalam seronok yang korang nampak tu pun ade juga duka pahit yang nak kena telan sorang2 tau!😥

Bila dah jadi surirumah ni banyak juga dugaan nak kena lalui, kesabaran melayan karenah anak2 dengan perangai suami lagi! Senang cerita 100% hal ehwal rumah tangga kau nak kena hadap!🤕

Kadang2 tu stress juga! Tapi nasib suami aku ni ada la sifat 'toleransi' tu sikit😉
Bila die dah balik kerja, aku akan pastikan die pulak yang ambil alih jaga anak2😊 time tu aku akan curi2 waktu 'me time' 😍
Masa ni lah aku nak goyang kaki ke nak berfacial ke semua aku buat!ahahaa

Jadi surirumah ni pun kena banyak berehat, tak boleh stress2! Suami kena banyak bertolak ansur bantu isteri baru rumah tangga aman damai makmur sejahtera!sekian😁

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...