Short Trip Cameron Highland.

Awal tahun hari tu aku dengan family ade buat short trip ke cameron higland. Sebenarnya plan nak pergi cameron ni pun last minit, kebetulan adik aku cuti. Jadi kami pun plan la nak pergi berjalan.

Selalu kalau pergi cameron ni memang kami pergi balik hari jek tak tido. Pergi pulak time weekday, time macam ni memang selesa nak berjalan kat atas tu sebab orang tak ramai, jalan tak jem dan nak parking pun senang! (tips untuk korang yang tak suka sesak)

Tempat yang paling kami suka pergi ladang teh! Sebab family aku jenis yang suka lepak santai2 gituw.

Tempat pertama kami kunjungi:

Teh Plantation, Sungai Palas.

family picture
Banyak2 ladang teh dekat cameron, tempat ni paling cantik dan win bagi aku.
Tapi untuk korang yang nak sampai ke tempat nih, Sangat la mencabar! Sebab jalan untuk ke sini sangat la sempit, kalau berselisih kereta tu memang pandai2 korang la nak handle! Ahahaha.


mengah juga la berjalan nak naik atas tu

Dulu last aku datang sini, jambatan kayu ni takde lagi. Tapi sekarang dah ade, jadi senang sikit nak bawak anak jalan2 tengok ladang teh.


abang ammar aim kek coklat tu!

Sambil minum teh dengan makan kek tu korang boleh tengok pemandangan
ladang teh yang indah tu. Memang rasa tenang sangat, ditambah pulak suhu time kami pergi tu memang sejuk 19C fuhhh! Terasa sampai ke tulang! Ahahaha.






Suka ammar dengan aqil! Btw ni 2nd time ammar datang cameron, dulu masa datang ammar kecik lagi belum pandai berjalan. Aqil plak 1st time! Budak ni lagi excited dapat jalan sini. Ehehehe.




2. Valley Tea House, Kuala Terla.


menunggu giliran.

Sampai jek sini terus nampak ade aktiviti 'Cameron Adventurous'. Huhuhu


aqil duduk dengan wan kat depan.
nasib ade akak baik hati tolong ambilkan gambar ni.

Korang boleh pilih nak naik ATV atau 4x4 jeep. Disebabkan aku tak pakai kasut, dengan nak handle anak2 lagi aku naik 4x4 jek dengan mak abah. Adik2 aku naik ATV. First time jelajah ladang teh macam ni memang seronok! Masing2 excited giler!




aku paling suka pic yang ni! Muahss.

Kat sini dorang akan bawak kite naik atas puncak ladang teh, dekat atas tu kite boleh turun ambil gambar selama 30minit. Tak sangka pemandangan dekat atas ni cantik sangat! Kalau korang nak menjerit pun boleh tau. Ahahaha.


ada gaya betul budak dua orang ni!

check point berhenti















Bukan main lagi budak dua orang ni! Masing2 excited dapat naik ATV.
Kalau korang yang nak datang cameron highland tu wajib cuba aktiviti ni. Tak rugi tau!



haipp! nak curi strawberry ye!
mummy and doubledA

Sebelum balik tu memang wajib la shopping buah2 dan sayur2 kat sini. Sebelum beli tu baik korang jalan2 buat survey dulu. Sebab setiap kedai marketing tak same! Kalau pandai bodek banyak la sayur korang dapat! Ahahaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!!!Cendawan Goreng shedapppp!!

Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...