Bila Tibanya Ramadhan.
Pengalaman Anak Kena HFMD (Virus Coxsackie a16)
Seperti yang korang tahu HFMD adalah penyakit kaki tangan dan mulut, yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie. Virus coxsackie sangat mudah berjangkit melalui sentuhan cecair lepuh, air liur dan najis pesakit.
Pic ni aku ambil seminggu sebelum ammar sakit. |
Bintik2 merah dekat kaki still ada (for info bintik2 ni ambil masa dalam seminggu juga untuk hilang dari badan anak) |
Masa masuk wad tu pun dah lewat malam, jadi untuk rawatan selanjutnya kena tunggu doc pakar for the next day. Ammar pun masih on drips. Esokkan hari tiba waktu doc pakar buat pemeriksaan. Dan bila sampai turn ammar doc pun check dan tengok dalam mulut semua. Yes! Memang confirm! HFMD. Doc tu pun terangkan dekat aku satu persatu tentang penyakit tu (aku pun masih blur2 lagi time nih).
Dan ammar pun still on paracetamol sebab masih demam.
Time ni ammar tengah tunggu daddy jemput balik. |
Hari ke 3 di wad, kebetulan hari ni ade pulak lagi sorang budak lebih kurang sebaya ammar juga, suspek HFMD. Budak tu pun kena quarantine satu bilik dengan ammar. Kesian tengok die pun menangis jek macam hari ammar mula2 kena tu.
Untuk korang yang ada anak kena HFMD ni kalau nampak badan anak tu dah lemah better bawak pergi hospital terus. Dan bila anak dah disahkan oleh doc kena HFMD, ikut nasihat yang diberikan. Jangan bawa anak keluar (kuarantin) sebab akan menyebabkan jangkitan pada kanak2 lain juga.
Kerap lah basuh tangan, kalau ade ahli keluarga lain dalam rumah pun kena sentiasa ambil langkah berjaga2 supaya tak berjangkit.
Sedikit info untuk korang semua. |
Short Trip Cameron Highland.
family picture |
mengah juga la berjalan nak naik atas tu |
abang ammar aim kek coklat tu! |
menunggu giliran. |
aqil duduk dengan wan kat depan. |
nasib ade akak baik hati tolong ambilkan gambar ni. |
aku paling suka pic yang ni! Muahss. |
Kat sini dorang akan bawak kite naik atas puncak ladang teh, dekat atas tu kite boleh turun ambil gambar selama 30minit. Tak sangka pemandangan dekat atas ni cantik sangat! Kalau korang nak menjerit pun boleh tau. Ahahaha.
ada gaya betul budak dua orang ni! |
check point berhenti |
Kalau korang yang nak datang cameron highland tu wajib cuba aktiviti ni. Tak rugi tau!
haipp! nak curi strawberry ye! |
mummy and doubledA |
Lagi Tempat Makan Best!
kami pergi time cuti biasa, jadi orang pun tak ramai sangat. |
Makanan pun cepat jek sampai sebab orang tak ramai. |
tengok ni kuah pun melekat likat! Sedap woww. |
5 Tempat Makan Best di Taiping!
Satu buluh, bole makan 2 orang sebab banyak sangat! |
Ni antara kedai nasi kandar kat taiping yang menjadi favourite family aku. Kari kat sini memang sedap menepati citarasa kami. Paling best kat sini nasi beriani buluh bambo! Kalau korang pergi sini wajib cuba!
2. Yut Sun (terletak di tengah2 pekan Taiping)
first time order terus jatuh cinta. |
Restoran chinese ni memang betul2 legend dari zaman aku kecik lagi dah ade! Makan best kat sini banyak sangat, antara yang aku selalu makan chiken chop die memang lain sikit simple tapi sedap! Selain tu ade nasi goreng, mee hailam dan hari tu aku cube wedges macam dalam pic atas ni, sedap giler anak aku pun suka.
3. Food Court Plaza Larut Matang (dekat dengan market taiping)
Kalau tengahari korang tak nak makan nasi, boleh datang dekat food court ni! Memang best sebab macam2 makan ade kat sini, paling popular dan legend kat sini mee combat! (memang beratur kalau time cuti) Selain tu aku suka mee kari, laksa dan paling best popia basah ni! Fuhh terliur plak aku. Ahahaa
4. Dekat Sebelah Dengan Market Kota (nama kedai tak ingat)
Kedai ni awal pagi da buka, memang ramai orang datang sarapan pagi dekat sini. Tapi awal2 pagi pun die da ade menu nasi goreng semua tau. Yang aku makan hari tu lontong special ni! Memang sedap merecik baq hang! Roti telur goyang pun sedap =)
5. FMS Foods Court (berdepan dengan Mcd taman tasik taiping)
Rasa cendawan goreng ni macam makan ayam kfc plak. |
Tiap kali balik taiping mesti nak datang lepak dekat sini! Sebab suasana santai sambil tengok pemandangan yang sangat indah. Sambil2 bawak anak main playground kat situ boleh la lepak minum kat sini. Makanan paling jadi fav family aku cendawan goreng nih! Memang sedap sangat, selalu kena order lebih sebab tak penah cukup! Ahahaha. Selain tu aku suka laksa cina ni memang lain dari laksa biasa, pastu ade mee udang, ketam semua memang terbaik!
Melatih Anak Kecil ke Tandas @ Potty Training
Sentosa Villa Taiping
Tak sangka aku dekat kampung aku ada resort cantik macam ni tau! Kalau korang nak tahu dekat sini la tempat Mia Ahmad buat majlis akad nikah dia dan suami. kawasan yang bertemakan alam semulajadi. Siap ada pokok2 buah di sekeliling kawasan ni tau! Paling best pokok buah durian Huhuhu.
Tempat2 Menarik di Taiping.
Tapi sebenarnya disebalik taman tasik tu ada lagi tempat2 best! Yang korang tak nampak. Hari ni aku nak habaq mai kat hampa semua mana lagi tempat yang patut hampa pi!!!! Tunggu sat aku preview satu2 tempat ok!
Bila Makan Tak Boleh Bercakap Pedas Hawhaww!
Hari ni aku nak share satu resepi ayam masak kicap power yang menjadi kegilaan family aku! Sape2 yang kaki makan pedas tu boleh cuba menu ni. Confirm ketagih!ahahaha
Menu ni sesuai di makan dengan ulam timun dan tomato (itu cara aku la) sebab boleh meredakan rasa pedas tu.
Cara masakan sangat lah mudah, tak ambil masa lama pun untuk korang bertapak kat dapur tuh..
Bahan utama:
1/2 Ayam
kicap manis (jalen@kipasudang)
Bahan kisar:
10-15biji Cilipadi (aku suka pakai cili kampung)
2biji Cilimerah
2biji Bawang besar
2ulas Bawang putih
Halia (aku suka letak lebih)
Cara-cara:
Mula2 korang goreng ayam yang telah diperap bersama kunyit dan garam.
Sambil korang goreng ayam tu, boleh sediakan bahan untuk kisar. Untuk mengisar boleh letak sedikit air. Lepas ayam dah di goreng angkat letak tepi (tak perlu goreng terlalu garing).
Dan panaskan minyak, mula menumis bahan yang di kisar tadi sehingga sedikit garing (gunakan api yang kecil untuk pastikan cili betul2 masak) bila bahan tadi dah masak, masukkan sedikit garam (if korang pakai kicap jalen tak letak garam pun tak ape sebab da cukup rasa) kalau nak sedap korang tambahkan sedikit kicap pekat ABC! Dan kemudian masukkan kicap jalen@kipasudang.
Bila kicap tu dah berbuih cepat2 masukkan ayam yang dah di goreng tadi, gaul sebati. Dah siap senang kan! Kalau kat rumah korang ada daun sup, boleh racik halus2 tabur atas ayam tu pun sedap tau!
Ok dah siap jom makan!
Rezeki Anak2 Mummy!
Yeaa!!! Akhirnya aku berjaya mendapat akaun google 'Adsense' sebelum ni dah banyak kali apply tapi asyik kena reject jek! Sebab tak menepati kriteria yang dorang nak.🙄
Tapi kali ni rezeki allah dah tetapkan untuk aku! Happy giler kot, sebelum ni duk berangan jela nak dapat Adsense ni, yela sape yang tak suka bila orang nak bagi duit kan😊
Insyaallah lepas ni akan banyak update2 terbaru di blog aku! Korang tunggu tau😁
Semangat tu tiba2 datang melonjak2 pulak.
Untuk korang yang masih tunggu approve dari Adsense tu, jangan mudah putus asa! Teruskan memblogger di blog masing2 ye. Kalau bukan hari ni mungkin esok lusa rezeki korang pulak😊.
Review Diapers lagi!!!
Assalammualaikum,
Hai korang semua! Ok bagi parents2 kat luar tu yang ade anak kecil masih pakai diapers, korang mesti selalu buat survey harga2 diapers yang murah dan berkualiti kan? Hari ni aku nak review pasal satu diapers ni, harga sangat berpatutan! Dan setakat ni tak pernah mengecewakan aku lagi lah😁
Aku tahu pasal diapers ni pun dari cousin aku. Bila dah cuba sekali terus jatuh hati sampai sekarang 😍. Tapi tak semua pasaraya ade jual! Setakat ni yang aku pernah jumpa dan beli hanya di 'Manjaku' itu pun tak semua outlet ada (maybe tak sefamiliar macam brand lain)
Anak aku pakai diapers yang jenis pants, setakat ni aku memang sangat berpuas hati sebab diapers ni tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal, sangat berbeza dengan brand yang anak aku pakai sebelum ni! Harga memang jauh lebih murah kot, dekat situ je aku da jimat rm8. Dan diapers ni tak mudah terkoyak! Macam diapers aku beli sebelum ni, getah di bahagian pinggang pun fits elok😊.
Yang mana masih belum berpuas hati dengan quality dan harga diapers anak korang tu boleh cuba brand ni pulak. Harap perkongsian aku ni bermafaat untuk semua parents2 kat luar tu!😅😊
Orang tanya jadi surirumah ni best ke?
Meh sini!! aku nak cerita dekat korang semua pengalaman aku selama 2tahun lebih jadi surirumah ni😁. Penuh suka dan duka, segala onak duri terpaksa aku tempuhi (ceewahhhh ayat aku!)
The best part adalah! Kau dapat jaga anak sendiri, tengok anak2 membesar depan mata, tak semua orang dapat peluang menjaga anak di rumah. Jadi bile dah dapat peluang ni aku akan cuba mendidik dan menjaga anak2 aku sebaik yang mungkin.
Jadi surirumah ni bukan setakat keewangan jek nak kukuh! Fizikal mental korang pun nak kena kukuh! Kadang2 ada orang nampak macam seronok jek duduk rumah jaga anak, tapi dalam seronok yang korang nampak tu pun ade juga duka pahit yang nak kena telan sorang2 tau!😥
Bila dah jadi surirumah ni banyak juga dugaan nak kena lalui, kesabaran melayan karenah anak2 dengan perangai suami lagi! Senang cerita 100% hal ehwal rumah tangga kau nak kena hadap!🤕
Kadang2 tu stress juga! Tapi nasib suami aku ni ada la sifat 'toleransi' tu sikit😉
Bila die dah balik kerja, aku akan pastikan die pulak yang ambil alih jaga anak2😊 time tu aku akan curi2 waktu 'me time' 😍
Masa ni lah aku nak goyang kaki ke nak berfacial ke semua aku buat!ahahaa
Jadi surirumah ni pun kena banyak berehat, tak boleh stress2! Suami kena banyak bertolak ansur bantu isteri baru rumah tangga aman damai makmur sejahtera!sekian😁
Madah berhelah kejap!
Assalammualaikum semua,
Dah lama aku tak menulis blog ni kan! Sebenarnyer ade jek... Tapi duk sibuk update ig story!ahahahahahaa (sape2 yang nak follow tu boleh la jenguk2 di @citiwawa) Done promote ig!
Bila dah jadi housewife ni biasa la busy dengan anak2 jek lebih, sampai tak ade masa untuk diri sendiri. Apatah lagi nak menulis blog ni! Kejap lagi lain yang ada dalam kepala otak lain yang aku type!
Korang yang housewife macam aku mesti sama jek nasib macam ni kan?ahaha tapi tak ape jangan stress2! Kalau korang stress lagi teruk rupa korang nanti jom kita chill2!
Duduk rumah kalau tak ade orang nak berborak@bercakap memang boleh jadi gila kan, nak harap suami tunggu die balik keja mengalahkan PM! Sibuk memanjang! Lagi2 nak dekat PRU ni!ahahahaha (macam laki aku tercalon plak)
Sekali sekala nak juga keluar lepak dengan kawan2 gosip2 sambil minum double chocolate chip frappuccino kat starbucks tu kan! (fuhhh! Lama giler aku tak minum air tu!樂)
Tapi apakan daya..nak keluar pun kena bawak anak2 baik duduk rumah jela jalan paling selamat sambil minum teh o panas cicah biskut dalam tin!hrrmmmm...
!!!Cendawan Goreng shedapppp!!
Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...
-
Hari ni aku nak share resepi kuah laksa cara aku, laksa ni memang favourite aku dengan anak2. Dekat rumah kalau ada laksa memang kami jek ya...
-
Lepas short trip kami bulan july, aku plan sekali lagi pada bulan ogos semperna cuti hari merdeka. Kali ni kami pergi lama sikit 2hari 3mala...
-
Assalammualaikum, Hai korang! lama aku tak update blog hari ni aku nak share pasal trip kami 4beranak ke pulau pangkor pada bulan july,...