Assalamualaikum...
Happy saturday korang semua! Bagi Mak2 yang bekerja macam aku ni mesti saat paling tak sabar tunggu hari sabtu dan ahad kan! Sebab nak cuti...huhuhuhuu
Hari cuti ni lah boleh bangun lambat sikit nak berguling2 atas katil lama2!ahahahaha. Tapi aku tak boleh juga tidur lama2 sebab dah biasa bangun awal pagi, mesti akan terjaga sendiri. Jadi pagi ni aku bangun awal tak awal sangat la dalam pukul 8 macam tu sebab semalam dah janji dengan anak2 nak buat breakfast untuk dorang.
Mula2 plan nak buat cheezy corndog! Disebabkan tepung pulak dah habis (lupa nak pesan kat laki aku suruh beli semalam)
Jadi aku buat sandwich telur dengan kacang panggang jela..
Menu ni simple jek...kalau nak buat menu pegi picnik sesuai sangat tau!
Bahan2 :
Telur 2biji
Cheese 1keping
Mayonis 1s/b
Black pepper
Cara2:
Rebus 2 biji telur dalam 4minit lebih pun takpe (ikut la korang suka telur tu masak macam mana).
Lepas dah siap rebus, lenyek telur bersama sekeping cheese sampai telur hancur
Kemudian masukkan mayo + pepper (pepper tu agak2 jela...kalau xnak letak pun takpe)
Korang lenyek semua sampai sebati, dan korang rasa lah sikit kot2 ade yang kurang. Kalau aku memang tak tambah ape2 dah sebab semua rasa dah kena dengan taste aku.
Dah siap! Boleh sapu dekat roti buat sandwich. Aku guna roti gardenia roti cantik potong pun senang!
Ni hasil sandwich yang aku buat tadi, makan dengan kacang panggang memang sedap sangat!!!ehehehe..
Langgan:
Catatan (Atom)
!!!Cendawan Goreng shedapppp!!
Assalammuailaikum, Hari ini sis nak promosikan satu produk keluaran bumi putera yang sangat sedap! snek ringan sesuai untuk seisi keluarga. ...
-
Hari ni aku nak share resepi kuah laksa cara aku, laksa ni memang favourite aku dengan anak2. Dekat rumah kalau ada laksa memang kami jek ya...
-
Lepas short trip kami bulan july, aku plan sekali lagi pada bulan ogos semperna cuti hari merdeka. Kali ni kami pergi lama sikit 2hari 3mala...
-
Assalammualaikum, Hai korang! lama aku tak update blog hari ni aku nak share pasal trip kami 4beranak ke pulau pangkor pada bulan july,...